Welcome Banner!

Snowflakes

April 20, 2011

Secangkir Teh Pengubat Letih

Assalamulaikum wbt  semua.

Baru saja habis membaca buku ini. Buku ini bertajuk Secangkir Teh Pengubat Letih oleh Hasrizal Abdul Jamil iaitu lebih dikenali dengan nama laman websitenya Saifulislam.com.Banyak yang telah saya pelajari tentang bumi Turki daripada buku ini.Antaranya tentang kisah Sultan terakhir Kerajaan Uthmaniyyah iaitu Sultan Abdul Hamid  III yang banyak memperjuangkan khilafah tetapi akhirnya digulingkan.Tak kurang juga,saya pelajari tentang tertib orang Istanbul yang patut dicontohi.Tidak kurang juga saya mengetahui tentang kisah Trojan dan replika kuda Troy yang terletak di Canakkale.Buku ini juga banyak mengajar tentang persahabatan kerana Allah yang erat lagikukuh walaupun berlainan bangsa dan negara tetapi agama yang menyatukan mereka.