Welcome Banner!

Snowflakes

November 9, 2011

Sekolah

Assalamualaikum..
Seperti yang pembaca tahu..
Saya ni 15 tahun..
Jadi cadang-cadang nak mohon asrama..
Harap-haraplah dapat..
Amin

Saya ada mohon SBP dengan MRSM..
Kalau SBP saya mohon dekat SBPI Rawang..
Saya pilih dekat sini sebab saya teringin nak pergi sekolah agama..
Asalnya teringin sangat nak masuk sekolah Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)
Bagus tau sekolah tu..


Namun,syarat nak enroll dalam sekolah tu kena ada bahasa arab dalam pmr..
Kalau tak,selamat tinggal jelah..
Sangat sedih tau kalau fikir balik..
Rasa menyesal menguasai diri sebab tak masuk sekolah yang tawarkan bahasa arab..
Almaklumlah,dulu tak pernah terfikir apa kepentingannya..
Bila dah sedar,semuanya dah terlambat..
Mungkin ada hikmah yang Allah rancangkan buat diri ini..

Jadi,MRSM pula saya mohon MRSM Pengkalan Chepa..
Saya pilih dekat situ sebab dekat sangat dengan kampun saya dekat Pasir Mas..
Jadi alang-alang menyeluk pekasam,biarlah sampai ke pangkal lengan..:)

Itu je..

Perkongsian dari facebook

‎-PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA-

Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu  


yang anda dapat.

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.
Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan 

mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”


Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan 


sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan  



tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan 


merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya 



sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah 


kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk 


berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”


Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat 


kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya 



nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa 


dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan 


bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan 



kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu 


berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia 


sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang 


membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan


Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Jangan lupa untuk tekan butang share selepas anda baca ♥