![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEho7aG95aGNbsdf1Wh7tNyjLo4YsLkDDnmVZbtGSobZnV_d1vPIxy7UMirgI97WmHbXLWanpMN52AvLs-39Oo2PzeqiXDlAIuh66fbBC-ZHHLCq8W5Jnraq07Cf9hS6K2ojqo-RfO5-8_3M/+%252820%2529.jpg)
“Subhanallah. Alhamdulillah.” Bibir mulus Siti Khadijah memuji dan bertahmid pada Pencipta alam maya. Dia baru sahaja selesai ber’dating’ bersama kekasih Agungnya. Munajat pada malam itu benar-benar terkesan di rona kalbunya. Dia meneruskan sesi menelaah matapelajaran usai qiamulail pada 4.00 pagi itu. Matapelajaran sukar seperti Matematik dan Sains menjadi bahan studinya.“Ashfique!!” Muhammad Khalifah menyeru sebaris nama sahabatnya itu dari jarak yang agak jauh.“Ashfique!!” Khalifah meninggikan suaranya. Ashfique memalingkan wajah mencari kelibat yang menjerit-jerit namanya. Dia menemui sasarannya. Dia menuju ke arah Khalifah.“Ada apa kau memekik nama aku?”
Ashfique mengerutkan dahi. Dia kelihatan kepenatan.“Ustaz..ustaz Ali nak…nak jumpa kau. Dekat bilik guru. Katanya, ada hal penting.” Khalifah menjelaskan pertanyaan Ashfique. Nafasnya tercungap-cungap.“Okey. Aku pergi jumpa ustaz sekarang.” Ashfique bergegas menuju ke bilik guru tanpa banyak bertanya lagi.Khalifah melangkah masuk ke kelasnya, 5 Siddiq. Dia ingin merehatkan dirinya sebentar sementara guru belum muncul. Belum sempat dia hendak lelapkan mata, ada tangan yang mencuit bahunya. Dia memalingkan muka.“Ada apa? Aku nak tidur sekejap ni.” Khalifah menguap tanda mengantuk.“Ada surat dekat bawah meja kau. Dari dia.” Faris Adib tersengih sambil mengeyit matanya tanda menyakat.Khalifah memasukkan tangannya di laci meja. Tangannya meraba-raba surat yang diberi oleh seseorang yang istimewa di hatinya.Dah jumpa!Hatinya melonjak riang. Tangannya terus membuka dan matanya mula memerhati untuk membaca surat itu.Salam, petang ni nak jumpa sekejap. Tunggu dekat bawah masa nak balik nanti. Ada sesuatu saya nak bagi awak.- Nur Anisa Syahira -Bibir Khalifah berbunga sekuntum senyuman yang mekar. Senyumannya meleret. Jarang dia tersenyum begitu. Mata yang tadinya layu kembali segar.“Amboi! Senyum bahagia nampak!” Suara Mimie menyapa dari sudut belakang di sebelah pintu keluar kelas.“Senyum tu kan sedekah. Salah ke?” Khalifah tersengih. Dia mengabaikan usikan teman-temannya. Yang penting, agendanya petang ni untuk berjumpa dengan Anisa tercapai.“Maaf. Dah lama ke awak tunggu?” Khalifah memulakan sapaan.“Taklah, baru 5 minit.” Anisa tersenyum.“Awak nak bagi apa?” Khalifah terus bertanya tanpa melengahkan-lengahkan masa. Dia takut kereta Abinya tiba sebentar lagi.“Ni untuk awak. Cuti dua minggu kan? Lama. Kalau awak rindu saya, awak tengoklah gambar tu. Sweet kan?” Anisa tersipu-sipu.“Gambar kita berdua? Wow! Mestilah sweet! Okey, saya keluar dulu ya. Ayah saya sampai sekejap lagi tu.” Khalifah mula menapak untuk berganjak dari situ.“Jangan lupa, malam nanti mesej tau.” Anisa sempat mengingatkan Khalifah. Khalifah hanya mengangguk dari jauh. Langkahnya semakin hilang di pandangan Anisa.Makin handsome pakwe aku ni. Rindunya, lama tak jumpa dia. Akhirnya, terlepas juga rindu aku. Seronoknya!Hati Anisa melonjak keriangan. Dia juga bergegas untuk pulang ke rumah. Cuti dua minggu bakal membosankan dirinya.“Khalifah, main bola petang ni nak? Dekat padang tempat biasa.” Ashfique menghubungi Khalifah melalui corong telefon bimbitnya.“Aku sibuklah. Ayah aku ajak pergi masjid sepanjang dua minggu cuti ni. So, aku tak boleh nak join kau.” Jawab Khalifah dengan nada hampa.“Okey. Takziah!” Ashfique mentertawakan Khalifah.“Yelah!” Khalifah mematikan panggilan.Tit..Tit.. Bunyi mesej menyerbu handphonenya.Salam, Khalifah, maaf ganggu. Aku cuma nak tanya, bila kau nak pulangkan buku Sejarah nota aku? Aku nak studilah. -Khadijah-Khalifah membalas mesej daripada rakan sekelasnya itu.Aku lupalah nak pulangkan dekat kau masa sekolah petang tadi. Macam mana ya? Kau nak aku hantar buku tu dekat rumah kau ke?-Khalifah-Khadijah membuat mimik muka kecewa.Itulah kau! Apa yang kau ingat cuma awek kau saja kan. Hantarlah buku tu esok dekat rumah aku. Penting!Khalifah tersengih sambil membalas mesej Khadijah.Memanglah aku ingat dekat awek aku saja. Buat apa nak ingat dekat kau? Haha. Jangan cemburu.Khadijah menggelengkan kepalanya.Tak ingin aku nak cemburu! Lebih baik ingat Allah. Jangan terlalu asyik dengan ingat manusia saja. Wassalam.Khalifah hanya tersenyum.Okeylah ustazah Khadijah. Hehe.Usai membalas mesej terakhir itu, Khalifah mula melakukan agendanya untuk menonton CD Hindustan yang bertajuk Qayamat. Dia amat meminati pelakon Ajay Devgan kerana semua lakonannya berkesan dan memberi kepuasan kepada para penonton.“Ija!! Ke dapur sekejap!!” Ibu melaung nama anaknya, Khadijah.Khadijah bergegas menyahut laungan ibunya itu. Dia bergegas ke dapur dengan meninggalkan tugasan kerja sekolahnya sebentar.“Ada apa ibu?” Khadijah bertanya dengan lembut.“Tadi ada lelaki datang, katanya, kawan Ija. Dia bagi buku ni. Masa tu Ija baru masuk studi, ibu tak nak ganggu Ija.” Umi Kalthum, ibu Khadijah menjawab pertanyaan anak tunggalnya itu.“Ooo. Kawan Ija tu. Dia pulangkan buku Ija. Ibu tak marah kan? Ija dengan dia cuma kawan saja.” Khadijah menerangkan. Dia tidak mahu ibunya salah faham.“Ya, ibu tak marah, sayang. Ibu percayakan Ija. Ibu cuma nak ingatkan, janganlah Ija ada pakwe-pakwe waktu masih sekolah lagi macam ni. Ibu risau. Ija seorang saja anak mak. Ibu ada Ija saja.” Ibu meluahkan rasa prihatinnya kepada anak kesayangannya.“Ya ibu. Ibu jangan risau. Ija sentiasa ingat pesan ibu. Ija pun ada ibu seorang saja. Ija sayang ibu.” Khadijah tersenyum lantas memeluk tubuh ibunya dengan erat. Air mata jernih mula bertakung menunggu masa untuk ditumpahkan.Salam rindu dari puteramu. Tengah buat apa tu? Dah makan ke Princess?Anisa bahagia membaca mesej rindu dari Khalifah. Hatinya berbunga. Dia segera membalas.Abang, Princess rindu juga. Tengah tunggu mesej daripada Abang. Princess dah makan. Abang dah makan? Nak Princess suapkan tak?Khalifah tersenyum. Dia mencari gambar kenangannya bersama Anisa sambil membalas mesej tersebut.Abang pun dah makanlah Princess. Abang pun teringin nak suapkan Princess. Lepas SPM, kita nikah nak tak?Anisa terhibur membaca mesej itu. Riang gembira rona jiwanya.Kalau ikutkan hati, sekarang juga Princess nak nikah dengan Abang. Hehe. Abang sayang Princess? Betul?Senyuman Khalifah semakin meleret. Gambar kenangannya menjadi tatapan mata.Mestilah Abang sayang Princess. Kenapa? Princess tak percaya dengan Abang ke?Anisa menongkat pipi kanannya dengan tangan kanannya sambil membalas mesej itu.Princess percayakan Abang. Abang, Pincess rindulah. Abang call Princess boleh tak? Kata sayang.Khalifah terus membuat panggilan rindu Anisa.“Ehem! Rindu ke Princess? Samalah.” Khalifah memulakan bicara.“Mestilah. Abang tengah buat apa? Dah studi?” Giliran Anisa berbicara.“Tengah rindu Princess ni. Rindu sangat!”“Abang ni. Princess
malulah.”“Malu? Biarlah malu-malu, romantik sikit.”“Abang tak pergi bercuti?”“Bercuti dekat masjid sajalah. Ayah asyik ajak Abang pergi masjid saja. Bosanlah! Sebab tu Abang mesej denganPrincess. Nak hilangkan rasa bosan Abang.”“Masjid? Abang jadi ustaz ke? Hehe. Princess pergi bercuti minggu depan. Abang nak ikut? Princess bawa Abang dalam hati sajalah.”“Ustaz Khalifah? Haha. Sedap juga. Syoknya dapat bercuti. Ni Abang cemburu ni.”“Cemburu tandanya sayang. Nanti Princess belikan Abang cenderahati. Jangan risaulah.”“Abang cuma risau kalau Princess dikebas orang dekat sana nanti.”“Merepeklah Abang ni! Haha.”“Princess, ayah Abang dah panggil tu. Okey. Selamat malam wahai Princess!” Khalifah terus mematikan panggilan. Dia keluar dari pintu biliknya menuju ke ruang tamu.“Abi panggil ke? Kenapa Abi?” Tanya Khalifah.“Pergi kemas barang-barang kau. Esok Abi hantar kau dekat satu kem motivasi. Kem Spies dekat Banting. Abi dah daftarkan nama kau.” Khalid, ayah kepada Khalifah tegas memberi jawapan.“Esok? Kenapa Abi baru beritahu sekarang? Cancel sajalah!” Khalifah cuba mengelak untuk pergi ke kem itu.“Kenapa? Sempat lagi untuk kau kemas barang. Jangan bagi banyak alasan lagi. Umi pun dah setuju.”“Tapi, banyak lagi kerja sekolah yang belum siap.”“Dah! Jangan nak bagi alasan. Kem tu 2 hari 1 malam saja. Habis kem tu, kau siapkanlah kerja sekolah tu. Dah! Pergi kemas barang!”“Okeylah Abi.” Khalifah terpaksa akur.“Lagi satu, pergi kem tu tak payah bawa handphone.” Sambung Abi.“Semua tak boleh! Yelah!” Khalifah menguak pintu bilik dan menghempasnya. Jiwa remajanya mula memberontak.“Astaghfirullah!” Umi yang sedang merehatkan diri beristighfar kerana terkejut dengan hempasan pintu yang begitu kuat dari bilik Khalifah. Dia selalu berdoa agar anak lelakinya itu berubah suatu hari nanti.“Salam, Ashfique, jom pergi kem!” Khalifah menelefon sahabat karibnya.“Kem? Khalifah ke ni?” Ashfique menahan gelak.“Ayah aku paksa aku pergi kem! Esok pula tu! Jomlah! Temankan aku!” Khalifah memujuk sahabatnya.“Okeylah tu. Semoga kau berubah!” Terburai juga gelak Ashfique.“Sudahlah! Aku tak nak paksa!” Suara Khalifah bernada marah. Bahang dalam jiwa semakin membuak berapi.“Tenanglah beb! Okey. Aku pergi. Dekat mana? Kau ambil aku dekat rumahlah esok. Boleh?” Ashfique cuba menenangkan Khalifah.“Boleh! Macam inilah kawan! Okey, jumpa kau esok.” Akhiri Khalifah.Ashfique dan Khalifah mula mengemas barang untuk ke kem esok.“Ija dah siap? Cepat sikit! Nanti lambat pula sampainya.” Ibu menghidupkan enjin kereta Hondanya.“Alhamdulillah. Dah siap semuanya. Kita boleh mulakan perjalanan sekarang.” Khadijah muncul di muka pintu kereta sambil tersenyum.Sepanjang perjalanan, Khadijah dan ibunya asyik berborak. Masa-masa seperti inilah yang amat berharga bagi Khadijah kerana dia dapat meluangkan rasa bahagianya bersama ibu kesayangannya.“Sampai sana nanti, jaga diri baik-baik ya. Ingat pesan ibu tau.”“Ya, ibu. Ija ingat. Ija sayanglah nak tinggalkan ibu seorang-seorang di rumah. Lebih baik Ija tak pergi.”“Ija tak boleh macam tu. Sampai bila Ija nak hidup dengan ibu saja? Suatu hari nanti, Ija kena berdikari hidup sendiri tanpa ibu.”“Ibu janganlah cakap macam tu. Nanti Ija menangis.”“Ija tidurlah dulu. Nanti dah sampai ibu kejut ya.”Zikir munajat kedengaran sepanjang perjalanan yang mengambil masa selama satu jam setengah itu.Usai bersalaman dengan ibu tercinta, Khadijah mula mengatur langkah menuju ke dewan utama kem. Jubah merah bersulam bunga dan tudung labuh bulat berwarna hitam menjadi identiti dirinya. Dia yakin dengan perlindungan Allah.Kelihatan ramai orang sedang mendaftarkan diri. Khadijah cuba mencari kelibat rakannya, Siti Saidah tetapi kelibat orang ramai memudarkan harapannya untuk mencari rakannya itu.“Khadijah!” Satu suara garau milik seorang lelaki memanggil namanya. Dia memalingkan wajah. Mimik mukanya sedikit terkejut.“Kau buat apa dekat sini?” Tanya Khadijah kehairanan. Sekenalnya, sahabatnya itu memang tidak minat dengan kem-kem berunsur agama dan motivasi ini.“Aku buat bodoh saja dekat sini.” Khalifah gelak.“Lawak ke? Eh, kau nampak Saidah tak?”“Ni yang aku nak cakap, dia dah daftarkan nama kau. Dia kata, dia tunggu kau dekat sana tu. Nampak tak perempuan yang pakai baju ungu tu? Dialah!”“Okey. Terima kasih ya.”“Sama-sama. Baju kita sama warnalah.” Khalifah menyakat Khadijah.Khadijah menjulurkan lidahnya lalu menuju ke arah sahabatnya, Saidah. Dia malas hendak melayan kerenah Khalifah yang mengada-ada tu. Meluat hatinya!“Assalamualaikum, Saidah.” Khadijah menyapa dengan memberi salam penghulur kasih.“Waalaikumussalam. Bila kau sampai?” Saidah menyambut mesra.“Baru saja. Jomlah masuk dewan. Nanti ramai orang, tak dapat tempat duduk pula.”“Jom.”Khadijah dan Saidah berjalan seiringan sambil masing-masing membawa beg berisi keperluan untuk 2 hari 1 malam berada di kem Spies tersebut.Slot program pada malam terakhir itu benar-benar telah menyentuh hati dan perasaan semua peserta kem di situ.“Sebagai seorang pelajar dan anak, kita semua dilahirkan daripada rahim seorang ibu. Akak pun sama. Kita semua sama. Ingat, bukan senang ibu nak melahirkan kita. Mereka terpaksa berjuang habis-habisan untuk melahirkan kita. Mereka juga berdepan dengan kematian di saat-saat genting kelahiran kita. Wajarkah kita melawan cakap ibu kita? Patutkah kita menghina dan mengherdik ibu sendiri? Kita kena ingat bahawa Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu. Bagaimana mungkin kita masuk Syurga andai kita menjadi anak derhaka? Anak-anak memikul tanggungjawab yang besar terhadap ibu bapa masing-masing. Mereka yang memelihara kita sejak kecil. Tanpa mereka, kita takkan wujud. Allah itu Maha Adil. Dosa terhadap ibu bapa seperti menderhaka akan dibalas di dunia. Mahukah kita andai suatu hari nanti anak-anak kita menghina dan melawan cakap kita?” Seorang kakak fasilitator yang bernama Hana, berkongsi ilmu agama bersama para peserta. Semua peserta tertunduk ke lantai bumi. Ada juga yang sedang menakung air matanya. Khadijah menyeka matanya yang mula berkaca.“Sekarang, sama-sama kita muhasabah diri sendiri. Tanya diri, pernahkah aku melawan kata ibu bapaku? Pernahkah aku mengherdik orang tuaku? Andai tidak, alhamdulillah dan istiqamahlah untuk menjadi anak yang baik. Andai pernah, mohon maaflah pada kedua ibu bapa kita. Jangan malu untuk menangis kerana Allah menyukai hamba-hamba yang menangis dan menyesal dengan dosa-dosanya dan berazam untuk tidak mengulangi dosa tersebut.” Akhiri kak Hana.Ashfique memandang Khalifah yang sedari tadi asyik termenung. Dia tahu, Khalifah mungkin terasa. Ashfique menegur sahabat karibnya itu.“Kau okey tak?” Soal Ashfique.“Aku okey. Aku rasa bersalah.” Jawab Khalifah dengan linangan air mata lelakinya.“Kenapa? Kau pernah melawan cakap ke?”Khalifah menganggukkan kepalanya dan mengesat air mata yang jatuh membasahi.“Kau pernah?” Soal Khalifah kepada Ashfique.Ashfique menggelengkan kepalanya dan tersenyum sedikit untuk merawat duka Khalifah.“Alhamdulillah! Walaupun aku agak nakal, tapi, aku tak pernah melawan cakap mereka. Aku cuba untuk jadi anak yang baik. Aku nak ubah mak ayah aku untuk jadi lebih baik.” Jawab Ashfique ringkas.“Baguslah kalau macam tu. Esok, aku nak minta maaf dengan Abi dan Umi aku. Aku banyak dah buat salah.” Luah Khalifah.Di sudut lain pula, Khadijah dan Saidah bertemu dengan seorang kakak fasilitator di situ yang bernama Mazidah untuk bertanyakan sesuatu.“Akak, macam mana kita nak jadi anak yang baik?” Khadijah menutur pertanyaan.Kak Mazidah tersenyum.“Dengar kata ibu bapa kita selagi mana perintah mereka tidak menyalahi undang-undang syarak. Kita juga boleh membantu ibu bapa kita mengemas rumah, basuh pinggan dan lain-lain lagi. Jangan lupa, sentiasa doakan mereka.” Jawab kak Mazidah.Khalifah dan Ashfique menuju ke arah halaqah kak Mazidah.“Assalamualaikum. Akak, saya ada soalan nak tanya. Boleh?” Bicara Khalifah.“Waalaikumussalam dik. InsyaAllah. Ada apa?” Tanya kak Mazidah.“Salah ke bercinta? Saya nak tahu.” Jujur Khalifah tanpa ada segan silu.Kak Mazidah tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.“Adik, tanya diri adik sendiri. Apa matlamat dan kebaikan yang kita dapat daripada bercinta ni? Fikirkan perasaan Allah dan jangan terlalu mementingkan perasaan kita saja. Dalam Islam, cinta wujud selepas nikah. Tapi zaman sekarang ni, ramai pasangan muda-mudi ke hulur ke hilir bersama tanpa ada ikatan yang sah. Mereka sesuka hati berbual di telefon dengan suara yang menggoda dan masing-masing meluahkan sayang. Berdosa tu dik sebab dalam al-quran, surah al-Ahzaab ayat 32, Allah memerintahkan agar kita jangan melunakkan suara apabila bercakap dengan bukan mahram. Banyak lagi sebenarnya kalau akak nak cerita pasal cinta ni. Kesimpulannya, kejar cita-cita dulu, baru kejar cinta. Jangan risau, jodoh pertemuan dah diatur oleh Allah. Berdoalah agar kita mendapatkan jodoh yang baik dan boleh membimbing kita.” Akhiri kak Mazidah.“Amin.” Khadijah mengaminkan doa kak Mazidah sambil tersenyum. Halaqah mereka berakhir setakat itu.“Assalamualaikum Abi.” Khalifah memberi salam ketika hendak masuk ke dalam perut kereta.“Waalaikumussalam. Sihat? Macam mana dengan kem ni?” Abi bertanya dengan mesra.“Alhamdulillah. Okey. Kem ni best.” Jawab Khalifah.“Baguslah. Kamu dah ada perubahan. Baca doa dulu sebelum kita bertolak.” Pinta Abi.Usai membaca doa naik kenderaan, mereka bertolak pulang. Sampai saja di rumah, Khalifah terus memburu Uminya.“Umi! Umi sihat?” Tanya Khalifah dengan penuh mesra.“Alhamdulillah! Ali macam mana dekat sana?” Soal Uminya kembali.“Alhamdulillah, Umi. Umi, Ali minta maaf sebab Ali banyak buat salah. Ali selalu melawan cakap Umi dengan Abi.” Khalifah memohon kemaafan daripada orang tuanya.Abi terharu dengan perubahan positif anaknya itu. Umi mula mengalirkan air mata seorang ibu. Air mata jernih terus melimpah tanda syukur.“Abi, Ali minta maaf. Ali minta maaf sangat sebab dah melawan cakap Abi dan suka tinggikan suara bila bercakap. Ali minta maaf.” Pohon Khalifah dengan nada yang sayu.Mereka berpelukan. Abi dan Umi bersyukur kerana anaknya sudah mula berubah ke arah yang positif.“Khalifah, Abi nak tegur sesuatu.”“Apa dia Abi? Ali sedia terima hukuman daripada Abi.”“Boleh jelaskan pada Abi?”Abi bertanya sambil mengeluarkan sekeping gambar milik Khalifah bersama buah hatinya. Khalifah terkedu dan diam. Dia tunduk memandang lantai bumi.“Abi cuma nak ingatkan, bercinta di waktu sekolah ni banyak buruknya. Ali tak boleh fokus dekat pelajaran kalau bergaduh dengan kekasih. Ali akan lalai ingat Allah. Jangan disebabkan perempuan, Ali lupa dengan tanggungjawab Ali sebagai anak, murid dan juga khalifah di muka bumi. Abi namakan Ali dengan Khalifah sebab Abi nak Ali jadi pemimpin agama yang berakhlakkan al-quran dan as-sunnah. Jangan sampai hanyut dibuai nafsu.” Abi cuba menyedarkan Khalifah dengan bait-bait hikmahnya.Khalifah mengangguk tanda faham.“Ali, kau sajalah satu-satunya anak tunggal kami. Kami cuba jadikan kau seorang anak yang baik dan taat perintah Allah. Kami dah semakin tua, nak. Apa kami nak jawab di hadapan Allah andai kau lalai dan jauh daripada-Nya?” Luah Umi pula.“Abi, Umi, Khalifah janji untuk jadi seorang anak yang taat dan baik. Ali janji akan jaga Abi dan Umi. Ali janji akan ikut apa yang Abi dan Umi selalu nasihat. Ali janji akan belajar bersungguh-sungguh untuk jadi seorang khalifah di muka bumi ini. Ali akan putuskan hubungan Ali dengan perempuan dalam gambar ni.” Khalifah mengukir janji pada kedua ibu bapanya itu. Dia mengoyakkan gambar berdua bersama Nur Anisa Syahira. Dia tekad dengan keputusan terbaiknya.“Assalamualikum. Emak, Abah.” Ashfique memeluk kedua ibu bapanya itu.“Emak, Abah, Ash nak minta sesuatu ni. Boleh?” Ashfique bertanya dengan sopan.“Apa dia, nak?” Emaknya, Halimah, bertanya kembali.“Lepas ni, Ashfique nak sambung belajar di Darul Quran bersama Khalifah, kawan Ash. Boleh tak?”“Darul Quran? Kenapa Ash tak nak sambung pelajaran di universiti?” Tanya Karim, Abah Ashfique.“Bukan tak nak bah. Tapi, lepas ambil Persijilan dan Diploma Tahfiz di Darul Quran, Ash sambunglah belajar dekat universiti. Ash ingat, nak sambung dekat UIA.” Jelas Ashfique.“Mak dengan abah nak cakap apa lagi. Kalau itu kemahuan kau, pergilah. Kami tak halang.” Ucap mak dengan sebaris senyuman tulus.“Terima kasih mak, abah!” Ashfique tahu, walaupun emaknya tidak kuat agama dan ayahnya juga begitu, namun, hati mereka lembut dengan kehendak dirinya. Dia berjanji akan membimbing ibu bapanya ke jalan yang baik dan diredai-Nya.4 tahun kemudian…“Saidah, jom ke kantin. Aku laparlah.” Pinta Khadijah.“Kau ni, ingat makan saja. Jom!” Saidah ketawa kecil.Mereka makan di kantin dengan penuh selera kerana masing-masing kelaparan akibat tidak sempat bersarapan pagi tadi lantaran sibuk menyiapkan tugasan kuliah.“Aku rindulah dengan kawan-kawan kita.” Khadijah mula meluahkan rasa.“Aku pun. Kau kenal Amin tak?” Sokong Saidah.“Amin? Kenapa dengan dia? Dia bukan budak sekolah kita.” Khadijah mengerutkan dahinya mendengar soalan pelik sahabatnya itu.“Memanglah. Aku saja nak ubah topik. Dia ada hati tau dengan kau.” Saidah tersenyum nakal.“So?” Khadijah menjeling.“Apa pendapat kau? Setuju?” Soal Saidah sambil mengeyitkan matanya.“Terima kasih sajalah.” Khadijah menggelengkan kepalanya.“Aku baca dekat Facebook, Ashfique dengan Khalifah dah jadi tahfiz. Kau nak yang mana satu?” Saidah tergelak kecil lagi. Dia memang suka menyakat sahabat karibnya itu.“Ish! Kau ni! Tak habis-habis nak kenakan aku. Lama juga tak dengar cerita kawan-kawan lama kita kan? Baguslah dah jadi tahfiz. Kita ni, bila pula agaknya ya nak jadi hafizah?” Jauh di sudut hati Khadijah, dia memang teringin untuk menjadi seorang hafizah yang menghafaz al-quran kerana banyak kelebihannya.“Itulah! Banyak lagi surah yang aku tak hafaz.” Keluh Saidah“Samalah.” Khadijah menyokong Saidah.Bunyi mesej di telefon bimbit Khadijah menghentikan perbualan mereka.Salam perkenalan dari ana, Amin. Khadijah mengeluh perlahan membaca mesej tersebut.“Kenapa?” Tanya Saidah.“Amin bagi mesej perkenalan. Malas aku nak balas.” Khadijah menyimpan telefon bimbitnya ke dalam beg. Saidah ketawa kecil mendengar keluhan sahabatnya itu. Khadijah memang menjadi buruan kebanyakan jejaka di universiti itu tetapi tidak ada seorang pun yang dapat mencuri hatinya kerana Khadijah sedar, mereka yang beriya-iya inginkannya itu hanya terpikat dengan kecantikan zahir, bukan kerana agama yang ada padanya.“Kau nak jejaka yang macam mana? Boleh aku tolong carikan.” Saidah mencadangkan idea nakalnya.“Kau carilah untuk diri kau dulu ya. Malaslah nak fikir soal jodoh. Belajar ni pun tak habis lagi. Kau ni, menggatal!” Khadijah membangkang cadangan Saidah.“Aku saja tanyalah. Bukan aku nak menggatal, saja-saja.” Terang Saidah.“Okeylah, aku tak nak lelaki lamar aku.” Ucap bibir Khadijah penuh yakin.“Habis tu? Kau nak melamar lelaki ke?” Saidah dihinggap penyakit pelik.“Ya. Aku nak jadi macam Siti Khadijah yang melamar Nabi Muhammad.” Khadijah tersenyum.“Susah nak cari perempuan macam kau zaman sekarang ni. Aku bangga dapat kawan macam kau. Kau nak melamar siapa?” Soal Saidah.“Kau ni, banyak tanyalah. Aku belum ada calon lagi. Malaslah nak fikir. Dah, jom balik bilik.” Khadijah bangun dan cepat-cepat menuju ke bilik. Kalau tidak, bertubi-tubi lagi soalan akan ditembak oleh Saidah.Ustaz Syahirin memulakan kuliah agama pada petang itu. Terdapat banyak halaqah daripada kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Masjid yang terserlah keindahannya itu menjadi saksi perkongsian ilmu agama antara mereka. Universiti Islam Antarabangsa merupakan salah satu universiti yang aktif dalam berdakwah.“Alhamdulillah, kita dapat berkumpul di dalam masjid ini. Semoga sesi kuliah ini mendapat barakah dan diredai Allah.” Ustaz Syahirin memulakan agendanya.“Hari ini, kita akan mengupas topik tentang ikhlas. Setakat mana pengetahuan kita berkenaan ilmu ikhlas ini? Ikhlas ni adalah satu ilmu yang payah dan susah kerana berkait rapat dengan hati dan jiwa kita. Al-Banna pernah berkata : Apa yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah setiap kata-kata, amalan dan jihad saudara Muslim demi Allah, untuk mencari keredaan-Nya dan ganjaran baik daripada-Nya tanpa memandang kepada sebarang imbuhan, kemegahan mahupun gelaran. Ikhlas adalah segala-segalanya kerana Allah. Sesuatu yang kita lakukan itu akan menjadi indah dan senang andai sifat ikhlas tertanam dalam diri dan nurani kita lantaran ingin mempersembahkan kebaikan dan amal ibadah kepada Allah.” Ustaz Syahirin menghela nafasnya dan meneguk air di atas meja. Mungkin tekaknya sudah mula kontang. Kemudian, beliau menyambung kembali tazkirahnya.“Hati dan jiwa akan merasa gerun untuk berbangga diri dan bersikap riya’ andai menghayati satu hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. iaitu perkara pertama yang akan diputuskan di hari kiamat ialah seorang yang mati syahid. Maka dihadapkan dan ditanyakan beberapa nikmat Allah kepadanya. Setelah diakui banyaknya nikmat Allah, maka ditanya : Apakah perbuatanmu terhadap nikmat itu? Jawabnya : Saya telah berjuang untuk-Mu sehinggalah mati syahid. Allah menjawab : Dusta engkau! Tetapi engkau berjuang supaya dikenali sebagai pahlawan dan dirimu telah pun terkenal. Kemudian, Allah memerintahkan supaya dirinya diseret ke dalam api Neraka.Serupalah dengan nasib seorang pelajar yang telah pandai serta mengajar al-quran. Allah Yang Maha Mengetahui tidak menerima semua amalnya dan mengatakan bahawa amalnya itu bertujuan untuk terkenal sebagai qori. Kemudian, diseret mukanya ke Neraka.Akhir sekali, seorang hartawan yang suka menderma ketika hidupnya juga dicampak ke Neraka lantaran amalnya yang terputus hubungan dengan Allah dan bertujuan untuk dikenali sebagai dermawan.Marilah sama-sama muhasabah diri. Apa tujuan kita belajar? Adakah kerana peperiksaan semata-mata? Apa tujuan sebenar kita hidup di muka Bumi ini? Apa tujuan sebenar manusia? Tepuk dada, tanyalah iman kita. Itu saja tazkirah pada petang ini. Assalamualaikum semua.” Akhiri ustaz Syahirin setelah panjang lebar bertazkirah.“Aku harap aku tak jadi qori yang macam dalam hadis tu.” Luah Ashfique kegerunan.“Na’uzubillah. Moga-moga, kita tak termasuk dalam golongan ahli Neraka.” Doa Khalifah dengan setulus hatinya.“Amin. Walaupun kita dah jadi tahfiz, tapi, nak ikhlaskan hati ni bukannya senang. Takut tertimbul riya’ dalam diri tanpa kita sedari sebab syaitan dah selaputkannya dengan kebaikan. Mohon dihindarkan. Amin.” Terang Ashfique.“Amin.” Khalifah mengaminkan doa tulus Ashfique.Usai kuliah agama, Khadijah dan Saidah terus meluangkan masa untuk beriadah bersama sambil membaca novel kegemaran masing-masing. Mereka duduk di bawah pokok yang rendang.“Aku suka dengar ustaz Syahirin bagi tazkirah. Terkesan dalam hati aku. Macam ilmu ikhlas tadi. Aku sendiri pun tak tahu yang aku ni ikhlas ke tak. Herm..” Keluh Saidah.“Aku pun. Hati mana yang tak gentar andai Neraka menjadi penghukum dosa-dosa kita? Sedangkan orang yang mati syahid, qori dan hartawan yang dermawan pun masuk Neraka gara-gara tak ikhlas, inikan kita, manusia biasa. Semoga hati dan jiwa kita terlepas daripada sifat riya’ dan takbur.” Hujah Khadijah.“Betul tu. Amin.” Saidah tersenyum sambil meneruskan pembacaannya.Mereka asyik membaca novel sehingga tidak menyedari kehadiran sekujur tubuh lelaki berdiri di hadapan mereka.“Assalamualaikum.” Amin memberi salam kepada mereka.“Waalaikumussalam.” Saidah dan Khadijah serentak menjawab salam tersebut.“Khadijah, boleh ana cakap dengan enti sebentar?” Amin memulakan bicara. Khadijah dan Saidah bertemu mata.“Nak cakap apa? Cakap sajalah di sini.” Tegas Khadijah.“Erm..ana malu nak cakap depan Saidah. Boleh tak kita pergi sana sekejap? Tak lama pun. 5 minit saja.” Rayu Amin.“Maaf, tak boleh sebab boleh menimbulkan fitnah.” Ringkas jawapan Khadijah tetapi penuh dengan nila-nilai batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.“Erm, ana cuma nak tahu jawapan enti. Enti terima tak lamaran ana tempoh hari?” Jujur Amin.“Maaf, ana sibuk sampai tak ada masa nak fikir semua tu. Lagipun, kita masih belajar. Ingatlah, kejar cita-cita dulu Amin.” Khadijah cuba memberi jawapan tanpa menjatuhkan maruahnya sebagai lelaki. Khadijah memang belum bersedia.“Ana tetap akan tunggu jawapan daripada enti. Ana pergi dulu.” Amin melangkah pergi meninggalkan mereka. Khadijah mengeluh kecil.“Apa jawapan kau?” Saidah mula bersuara.“Entahlah. Aku tak rasa dia ikhlas dengan aku tapi dia memaksa aku. Aku tak suka dipaksa.” Luah Khadijah.“Kau dah solat Istikharah?” Saidah cuba mendapatkan kepastian jawapan Khadijah.“Dah. Hati aku tak cenderung langsung dekat dia dan mana-mana lelaki lain yang melamar aku. Dahlah. Mungkin, aku belum bertemu dengan jodoh pilihan-Nya. Aku tak risaulah sebab janji Allah itu pasti.” Khadijah tersenyum lebar memberi jawapan.“Betul cakap kau. Aku sokong.” Saidah bersetuju dengan kata-kata yang dilontarkan sahabatnya itu.Tiba-tiba, seorang gadis bertubuh gempal mendekati mereka dengan muka yang sedih seperti baru kehilangan orang tersayang dan menyapa.“Boleh saya join kamu berdua?” Tanya Habibah. Badannya yang berisi itu jelas kelihatan dengan pakaiannya yang agak sempit barangkali walaupun memakai baju kurung dan bertudung tiga segi.“Boleh, silakan Habibah.” Mesra jawapan Saidah.“Awak okey? Kenapa macam sedih saja?” Tanya Khadijah dengan lembut.“Ya. Memang saya sedih. Selama ni, saya ingat dia betul-betul cintakan saya. Tapi tak, dia mempermainkan perasaan saya. Dia sebenarnya bertaruh dengan kawan-kawan dia untuk kenakan saya. Saya tahu, saya ni gemuk. Tak ada ciri-ciri yang lelaki nak.” Emosi Habibah mula hiba. Air matanya mengalir jatuh satu per satu.“Tak baik awak cakap macam tu. Gemuk atau kurus bukan ukuran bagi Allah. Allah mengukur hamba-hamba yang diciptakan-Nya dengan menggunakan hati. Siapa yang ada iman dan takwa dalam hati, itulah hamba yang mulia di sisi Allah. Kita kena bersyukur selalu.” Khadijah cuba memberi semangat pada Habibah.“Saya tahu. Tapi awak dengan Ida lain. Kamu berdua cantik dan kuat agama. Ramai lelaki terpikat dengan awak berdua.” Habibah cuba membandingkan dirinya dengan Khadijah dan Saidah.“Awak ingat, kami berdua suka dikelilingi dengan surat cinta, mesej-mesej perkenalan daripada lelaki dan lain-lain taktik lagi? Kami rimas dan rasa berdosa. Kami tak nak gara-gara wanita, pejuang lelaki kita masuk Neraka. Kami tak nak lelaki pilih kami kerana kecantikan sebab kecantikan akan pudar tetapi kami inginkan lelaki yang memandang kami kerana agama. Hidup tanpa agama, hancur!” Terang Saidah. Khadijah tersenyum sambil menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan bicara sahabatnya itu.“Pemikiran kamu berdua memang sentiasa menuju Islam. Saya teringin sangat nak berubah jadi macam kamu. Boleh beri saya tazkirah? Saya rindu dengan kebenaran Ilahi. Saya rasa, saya dah tersasar jauh dari landasan Islam.” Habibah menekup mukanya dengan tangan sambil air matanya terus mengalir seakan tidak mahu berhenti. Saidah cuba menenangkan Habibah.“Allah memang suka pada hamba-Nya yang ingin berubah menjadi positif menuju-Nya. Kita kena yakin bahawa Allah itu Maha Pengampun.” Ringkas tazkirah Khadijah.“Ada lagi ke lelaki yang nakkan saya? Saya rasa malu sangat sebab dah tertipu dengan dia. Saya benci lelaki.” Habibah cuba menanam benih dendam pada insan bernama lelaki.“Kita tak boleh benci lelaki sebab kita adalah sebahagian daripada mereka. Ayah, abang dan adik kita juga adalah lelaki. Sebagai perempuan, kita tak boleh terlalu mudah percaya pada lelaki yang kita tidak berapa kenal. Jangan serahkan semua kasih sayang dan cinta kita pada seseorang yang masih belum bergelar suami. Islam itu indah andai praktikalnya dipraktikkan dalam kehidupan kita. Semua dah tertulis, entah-entah, Habibah yang kahwin dulu daripada kami.” Akhiri Khadijah dengan senyuman yang menyakat.“Betul tu. Cinta itu buta bila nafsu yang memandu hati kita. Kalau kita nak dapatkan yang terbaik, kita kenalah jadi yang terbaik. Janji Allah termaktub dalam surah al-Nur ayat 26 yang bermaksud wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Begitulah sebaliknya.” Sambung Saidah.“Kita kena ingat, cinta bukan pada ‘couple’. Cinta juga bukan pada ‘I love you’. Cinta tak terletak pada ‘I miss you’ dan cinta bukan pada ‘can I touch you?’ kerana itu semua cinta nafsu semata-mata. Bicara cinta suci itu akan terucap saat lafaz ijabkabul dilafazkan. Ketika itulah tujuan cinta menjadi kerana Allah.” Akhiri Khadijah. Bait katanya menyelinap masuk jauh di sudut relung nurani Habibah.“Saya dah faham. Terima kasih ya. Doakan saya. Saya sayang kamu.” Habibah mendakap erat kedua sahabatnya itu.Ya Allah. Adakah ini jawapan istikharahku atau hanya mainan tidur?Khadijah mengeluh sendirian dalam hati apabila tersedar daripada lenanya. Dia teringat mimpinya sebentar tadi. Dirinya mula dibelit dengan tanda tanya. Dia beristighfar berkali-kali.“Kenapa kau termenung malam-malam macam ni?” Saidah yang tersedar terus menyapa sahabatnya.“Tak ada apa-apa. Aku tak boleh tidur. Aku nak mengaji ni. Kau tidurlah.” Khadijah menjawab sambil tangan kanannya menopang pipinya. Baginya, biarlah mimpi tadi berlalu pergi dari ingatannya tanpa pengetahuan Saidah. Saidah melelapkan matanya kembali. Khadijah mengambil wuduk dan menunaikan solat sunat. Kemudian, mengaji dengan harapan hatinya akan kembali tenang.“Assalamualaikum, Saidah. Kenal aku lagi?” Ashfique menyapa Saidah ketika hendak keluar dari perpustakaan. Khalifah berada di sisi Ashfique dengan senyuman. Saidah mencerlangkan mata kerana terkejut dengan sapaan sahabat lamanya itu.“Wa..alaikumussalam. Ashfique? Khalifah?” Saidah tidak tahu apa yang hendak dicakapnya lagi kerana pertemuan itu agak mengejutkannya.“Kenapa? Siapa lagi budak sekolah kita yang masuk sini?” Tanya Khalifah.“Tak ada apa-apa. Aku agak terkejut sikitlah. Erm, tak ramai sangat pun. Boleh dikira dengan jari.” Jawab Saidah.“Kau nak pergi mana lepas ni? Boleh aku temankan.” Ashfique ketawa kecil. Dah lama rasanya dia tak menyakat sahabatnya itu.“Ish! Dah jadi tahfiz pun masih nak menggatal lagi ke?” Sindiran Saidah pedas untuk menyedarkan sahabatnya.“Aku saja nak menyakatlah. Lagipun, masih belum layak untuk kau panggil aku tahfiz. Banyak lagi ilmu agama yang aku kena dalami. Betul tak Khalifah?” Ashfique merendah diri untuk menangkis perasaan bangga lantaran takutkan Allah.“Betul cakap Ash tu. Aku setuju.” Khalifah tersenyum.“Eh, aku dengar-dengar, kau ramai peminat. Mesti bangga kan..” Ashfique menguji iman di hati Saidah.“Kau ingat aku ni perempuan murahan? Apa guna kalau minat sebab cantik? Tak ada maknanya. Dahlah. Aku nak pergi kantin. Khadijah mesti dah lama tunggu aku dekat sana. Aku pergi dulu.” Saidah mula menapak ke kantin.“Aku pun nak ke sana juga. Jomlah.” Ashfique menyakat lagi. Saidah hanya menggelengkan kepala. Mereka bertiga menuju ke kantin.“Hai si gadis!” Usik Ashfique. Khadijah tidak menoleh sebaliknya bangkit dari tempat duduknya dan mencari tempat duduk lain. Saidah mula tergelak. Khadijah memusingkan wajahnya. Hidungnya mula kembang kempis tanda marah.“Jahatlah! Tak nak kawan kau.” Rajuk Khadijah.“Maaf lambat. Budak dua orang ni mengganggu hidup aku.” Saidah ketawa kecil.“Lama tak dengar khabar kau. Apa cerita sekarang?” Tanya Khalifah kepada Khadijah.“Alhamdulillah, semuanya okey. Kau pula? Apa cerita dengan Anisa? Lama tak dengar khabar. Dia belajar mana sekarang?” Khadijah bertanya kembali. Dia teringatkan Anisa.“Aku pun alhamdulillah. Iman dalam hati semakin hari semakin bercambah. Anisa? Aku pun dah lama tak dengar nama tu.” Khalifah tersenyum kelat. Seakan dipaksa.“Maksud kau?” Saidah menggaru kepalanya yang tidak gatal.“Maksud dia, Anisa dengan dia dah lama putus.” Ashfique menjawab untuk Khalifah.“Aku dengan Ash bukan lagi macam dulu. Kami dah berubah. Kan Ash?” Soal Khalifah.“Ya. Kami dah jadi budak baik sekarang.” Ashfique tersenyum nakal.“Baiklah sangat kan?” Saidah memerli Ashfique. Khadijah hanya tersenyum melihat gelagat sahabat-sahabat lamanya itu.“Assalamualaikum.” Suara Habibah menjelma.Mereka berempat menjawab salam itu dengan mesra. Khadijah dan Saidah sedikit terkejut melihat perubahan Habibah. Jubah berwarna hitam bersama tudung labuh putih 60 inci beserta stoking hitam sopan dipakai Habibah. Pakaiannya yang lebih menutup itu menyejukkan pandangan mata orang-orang beriman. Mereka bahagia melihat perubahan pada diri Habibah.“Kenalkan, ni Habibah, kawan kami.” Saidah memperkenalkan Habibah kepada Ashfique dan Khalifah. Masing-masing bertanya khabar kerana sudah lama tidak bertemu.“Okeylah. Kami pergi dulu ya. Ada hal sikit.” Khalifah dan Ashfique meminta diri.*******Ya Allah..Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diriku. Mengapa dia juga yang muncul dalam mimpiku? Berulangkali dia menjelma dalam mimpiku. Ya Allah, tenangkanlah hatiku.Kalbu Khadijah mengeluh lagi. Lelaki yang menjengah ke dalam mimpinya tadi benar-benar mengganggu ketenteraman lubuk jiwanya. Dia buntu.Telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi mesej.Assalamualaikum. Saya tetap menunggu jawapan awak. -Amin-Khadijah perlu membuat keputusan agar jiwanya damai tanpa sebarang penyakit resah. Dia bertekad untuk berbincang dengan ibunya.*******Petang ini Khadijah tidak ada kelas. Dia mengajak Saidah untuk pergi melawat ibunya sebentar.“Assalamualaikum. Ibu apa khabar?” Khadijah terus memeluk ibunya dan bersalam.“Waalaikumussalam. Ibu sihat, alhamdulillah.” Ibunya tersenyum manis.“Ibu, ni Saidah, kawan baik Ija.” Khadijah memperkenalkan Saidah kepada ibu tercintanya. Mereka bersalaman. Ibu menjemput Khadijah dan Saidah duduk di beranda untuk minum petang bersama.“Ija, semalam Haji Yakob telefon. Dia nak tahu jawapan Ija. Ija terima ke tak lamaran anaknya tu? Ibu tengok Izzudin tu dah beriya-iya nakkan kamu.” Ibu Khadijah mula berbicara soal hati.“Ibu, apa pendapat ibu kalau Ija jadi macam Siti Khadijah yang melamar Nabi Muhammad menggunakan orang tengah? Adakah Ija digelar perigi cari timba?” Khadijah pula bertanya pada ibunya. Saidah menjadi pendengar setia.“Ija nak melamar? Mak tak bangkang kalau Ija dah ada calon. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa Anas r.a. berkata di sisi anak perempuannya : “Telah datang seorang wanita kepada Rasulullah s.a.w. lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda), lalu berkatalah wanita itu, ‘Adakah dikau punya hajat kepadaku?’Maka anak perempuan Anas menyampuk, ‘Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malu perbuatannya.’Maka Anas menjawab, ‘Dia lebih baik daripadamu. Ia berkehendakkan Nabi s.a.w. lalu menawarkan dirinya kepada baginda.” ini merupakan hadis sohih Al-Bukhari. Tak salah kalau anak ibu nak melamar jejaka pilihan hati.” Umi Khaltum tersenyum melihat anak kesayangannya itu.“Ibu, Ija dah buat solat istikharah. Ija tak pilih Izzudin. universiti pun, ada yang melamar Ija. Ija pun tak pilih mereka sebab Ija rasa Ija dah ada pilihan. Ija asyik mimpi muka yang sama. Ija dah tekad. Ibu doakan Ija ya. Ibu macam mana?” Khadijah berterus-terang. Saidah terlopong mendengar penerangan Khadijah.“Minggu depan semester akhir Ija habis kan? Ibu tak ada halangan nak.” Ibunya setuju dengan kemahuan naluri anaknya.“Erm, macam mana kalau dia tolak lamaran Ija? Mesti Ija rasa malu.” Luah Khadijah.“Itulah risiko yang Ija kena ambil. Tak mengapa. Sekurang-kurangnya, malu dalam maruah Islam. Ibu doakan yang terbaik untuk Ija.” Jawab ibunya.“Siapa calon kau tu? Aku pun nak tahu. Sampai hati tak beritahu aku.” Saidah menyampuk.“Rahsialah. Buat masa sekarang ni, biarlah hanya Allah yang tahu. Kau doakan aku ya.” Khadijah tersenyum saja.“Okeylah, aku selalu doakan kau.” Saidah memahami kehendak sahabatnya itu. Dia mendoakan yang terbaik untuk Khadijah.“Habibah, tahniah!” Ucap bibir mulus Saidah.“Kan betul cakap saya. Awak yang nikah dulu. Tahniah. Barakallah.” Khadijah memeluk sahabatnya di hari bahagia itu.“Terima kasih. Alhamdulillah. Semoga kamu berdua cepat-cepat bertemu jodoh juga.” Habibah mendoakan sahabat-sahabatnya itu. Habibah bersyukur kerana dia dipertemukan jodoh dengan seorang insan yang menerima dirinya seadanya.“Jangan lupa ya dengar lagu Maher Zain yang bertajuk Barakallah. Lagu tu kami tujukan khas buat awak dan suami tercinta.” Saidah menyakat Habibah. Mereka ketawa riang.“Khalifah, boleh tolong aku tak?” Ashfique kegelisahan.“Kau kenapa? Okey tak?” Tanya Khalifah tanda dia prihatin terhadap sahabatnya.“Aku nak melamar seseorang. Aku dah cakap dengan mak abah aku. Kau tolong aku.” Jujur niat Ashfique.“Siapa gerangannya? Tolong apa?” Khalifah menggelengkan kepala sambil tersengih.“Tolong aku untuk melamar dia. Kau tekalah. Kita berdua kenal dia.” Ashfique cuba bermain teka-teki.“Siapa? Khadijah?” Khalifah meneka.“Ya. Aku nak melamar Khadijah punya kawan.” Ashfique tergelak kecil.“Maksud kau, Saidah?” Khalifah ketawa kecil. Dia tak menyangka hati kawannya itu sudah terpaut pada seorang gadis yang selalu bergaduh dengannya.“Yelah. Boleh tolong aku tak?” Pinta Ashfique.“Tak ada hal. Bila? Sekarang?” Khalifah tergelak.“Betul ni? Okey, jom! Lagi cepat lagi bagus kan. Semester kita pun dah nak habis. Tahun baru bakal menjelma.” Ashfique dan Khalifah terus keluar dari bilik mereka. Kelibat Saidah menjadi buruan utama mereka berdua.“Ash! Dekat sana tu.” Khalifah sudah menemukan kelibat Saidah bersama Khadijah. Mereka berdua menuju ke tempat di mana adanya Saidah.“Saidah, Ashfique ada benda nak cakap dengan kau.” Khalifah memberitahu tujuan kedatangan mereka.“Ada apa Ash?” Tanya Saidah. Ashfique kelihatan gementar. Khadijah mengerutkan keningnya kerana pelik dengan perangai Ashfique. Dia tergagap hendak bercakap dengan Saidah.“Saidah, sebenarnya aku nak…erm, aku nak…nak…” Lidah Ashfique seakan membeku. Khalifah asyik tergelak kecil melihat gelagat kawan karibnya itu. Khadijah menggaru-garu kepalanya walaupun tidak gatal.“Assalamualaikum semua.” Sapaan ustaz Syahirin mengejutkan suasana.“Waalaikumussalam ustaz.” Serentak mereka berempat menjawab salam itu.“Ada apa kamu berempat dekat sini? Ada masalah ke? Boleh ustaz bantu?” Tanya ustaz Syahirin sambil tersenyum.Khalifah menuju ke arah ustaz Syahirin dan membisikkan sesuatu di telinga beliau. Ustaz Syahirin tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepala tanda faham apa yang diperkata oleh Khalifah.“Baiklah, kamu berempat ikut saya ke bilik mesyuarat.” Ustaz Syahirin bersuara tegas. Khalifah dan Ashfique mengikut ustaz mereka daripada belakang. Saidah dan Khadijah yang tidak tahu apa-apa hanya mengikut arahan ustaz mereka.Sampai di bilik mesyuarat, ustaz Syahirin memulakan agenda.“Saidah, sebenarnya, kawan enti ni, Ashfique, nak melamar enti. Apa kata enti?” Ustaz Syahirin berterus-terang. Saidah dan Khadijah agak terkejut. Saidah hanya tunduk malu dan mendiamkan diri.“Sepengetahuan ustaz, kamu berdua dah kenal lama. Khalifah yang cerita. Jadi, ustaz rasa, tak perlu masa yang terlalu lama untuk beri jawapan ya atau tidak. Sekenal ustaz, Ashfique seorang tahfiz yang kuat pegangan agama. Ustaz yakin, dia boleh membimbing dan memimpin enti, Saidah.” Ustaz Syahirin cuba meyakinkan Saidah.“Tapi ustaz, adakah dia sudi terima ana? Keluarganya kuat agama sedangkan keluarga ana hanya biasa-biasa. Ibu anajuga masih belum bertudung. Abah ana pula sering tinggalkan solat. Hanya ana harapan untuk membimbing mereka.” Luah isi hati Ashfique.“Iman bukan warisan, Ash.” Sampuk Khadijah.“Betul kata Khadijah tu. Ustaz sokong. Nabi kita juga seorang yang kuat agama dan beriman, tetapi masih ada lagi dalam kalangan ahli keluarga baginda yang kufur seperti Abu Lahab. Kita kena nilai seseorang itu berdasarkan hati dan jiwa takwanya pada Allah.” Jelas ustaz Syahirin.“Ustaz, ana terima lamaran Ash.” Saidah bersuara juga akhirnya. Kali ini, Ashfique pula terkena kejutan elektrik. Dia tidak menyangka Saidah akan terima lamarannya.“Alhamdulillah.” Masing-masing bertahmid pada Allah.“Baiklah, hari pun dah lewat petang. Kamu semua boleh bersurai. Khalifah, lepas solat Isyak, ustaz nak jumpa entasebentar ya. Ada hal penting yang ustaz nak cakap.” Akhiri ustaz Syahirin.Usai menunaikan solat fardu Isyak, Khalifah bergegas ke bilik mesyuarat untuk bertemu dengan ustaz Syahirin.“Khalifah, ustaz ada hajat besar nak beritahu enta ni.”“Hajat apa ustaz?”“Ustaz nak sampaikan hajat seorang akhawat yang ingin melamar enta.”Khalifah terbatuk kecil mendengar hajat ustaz Syahirin itu.“Ustaz, buat masa ni, ana tak nak fikir apa-apa. Ana dah fobia.”“Enta fobia? Boleh ustaz tahu cerita sebenar enta?”“Perkara ni dah hampir 4 tahun lebih berlalu. Walapun dah lama, tapi, kenangan silam masih tetap memburu ingatanana. Dulu, ana pernah bercinta dengan seorang perempuan. Waktu tu masih di bangku sekolah. Ana dengan dia memang angau bercinta. Ana tak sedar yang ana dah banyak buat dosa sehinggalah suatu hari, ana pergi ke satu kem. Dari situ, ana mula sedar. Abi ana juga menegur sikap ana. Ana mula berubah dan ingin jadi baik. Ana dan Ashfique menyambung pelajaran di Darul Quran. Semasa cuti, ana pernah terserempak dengan Anisa. Dia memang dah berubah. Tudung
sebagai pelindung juga sudah hilang dari menutupi rambutnya. Pakaiannya juga menjolok mata orang-orang yang ingin menjaga pandangan. Dia keluar bersama seorang lelaki dan berpelukan di tempat awam. Dia cuba menggoda dan menyentuh ana. Alhamdulillah, iman ana masih kuat ketika itu. Ana terus pergi tinggalkan dia.Ana menyesal sangat sebab pernah bercinta dengan perempuan macam tu. Cinta ana kini bersisa. Ana tak layak, ustaz.” Khalifah meluahkan rasa kesalnya sambil air matanya mula menitik.“Ustaz faham, tapi, tak semua perempuan macam tu. Ustaz kenal sangat perangai akhawat yang melamar enta ni. Dia seorang yang kuat pegangan agama.” Terang ustaz Syahirin bersungguh-sungguh.“Sebab ana tahu dia seorang yang kuat agamalah ana rasa tak layak untuk terima lamarannya. Dia juga mesti seorang perempuan yang berani sebab mengikut jejak Siti Khadijah yang melamar Nabi Muhammad. Ana tak layak untuk akhawat itu, ustaz.” Khalifah buntu dalam memberikan jawapan.“Jadi, enta tidak mahu terima lamaran ini? Bukan senang nak jumpa wanita yang berani melamar lelaki.” Ustaz Syahirin cuba menyemai harapan.“Ana tahu, ustaz. Ana akan fikir masak-masak. Ana akan minta pertolongan Allah. Abi dan Umi ana pun dah tanya pasal calon.” Jawab Khalifah sambil mengetap bibir.“Alhamdulillah. Enta mahu tahu siapa yang melamar enta?” Uji ustaz Syahirin.“Tak perlu, ustaz. Ana tak nak hati ana cenderung pada sebaris nama, tapi, biarlah Allah yang tentukan. Ana minta diri dulu. Assalamualaikum.” Akhiri Khalifah.“Jangan lupa, beri jawapan enta pada ustaz secepat mungkin. Jangan terlalu lama. Waalaikumussalam.” Mereka berdua bersurai.Sampai di bilik, Ashfique setia menunggu Khalifah.“Apa hal ustaz Syahirin panggil kau?” Soal Ashfique.“Sampaikan hajat seorang akhawat.” Ringkas jawapan Khalifah.“Hajat apa?” Ashfique bingung.“Ada akhawat melamar aku.” Khalifah baring dan termenung.“Perempuan melamar kau? Beruntunglah kau. Terima tak? Siapa?” Ashfique semakin bingung.“Aku tak tahulah. Aku tak nak tahu pun siapa perempuan tu.” Jawab Khalifah selamba.“Mintalah petunjuk Allah. Jangan sesekali pinggirkan Dia dalam soal hati kita.” Ashfique hanya tersenyum.“Okeylah, aku nak tidur dulu.” Khalifah menutup lampu biliknya.Seperti biasa, di sepertiga malam, Khalifah akan bangun untuk bertahajud kepada-Nya. Usai menunaikan solat-solat sunat, dia melakukan solat sunat Istikharah buat kali pertamanya. Dia merintih dalam sepi.Ya Allah, berikanlah aku petunjuk-Mu dalam penentuan jodoh hidupku. Bukalah pintu hatiku untuk menerima jodoh pilihan-Mu. Lupakanlah aku pada kisah silamku yang penuh dosa dan noda. Kurniakanlah aku jodoh yang terbaik pilihan-Mu. Amin..Khalifah berdoa dengan penuh khusyuk mengharap maghfirah dan petunjuk Allah. Dalam sepi, dia bersujud pada Ilahi.Semester akhir sudah pun tamat. Tahun baru muncul jua. Masing-masing mengatur strategi untuk meneruskan langkah kehidupan.“Tahniah, Ash! Semoga bahagia bersama isteri tercinta. Jangan pula asyik bergaduh. Pecah periuk belanga nanti.” Khalifah ketawa kecil.“Terima kasih. Lepas ni, giliran kau pula.” Ashfique menyakat.“Kau nampak Khadijah tak?” Tanya Saidah kepada Khalifah.“Tak. Dia tak datang lagi ke? Ada hal agaknya. Aku pun dah lama juga tak nampak batang hidung dia.” Jawab Khalifah.“Haaa..tu pun dia.” Ashfique menuding jari ke arah Khadijah.“Saidah, maaf lambat. Aku pergi pejabat JAIS tadi. Ada hal. Tahniah ya. Barakallah.” Ucap Khadijah.“Tak apa. Asalkan kau datang. Apa-apa hal nanti, kita mesej ya.” Balas Saidah.“Ini ada hadiah untuk kau berdua. Aku kena pergi sekarang. Ada banyak hal lagi nak diuruskan. Assalamualaikum.” Khadijah memeluk Saidah sambil air matanya berjujuhan. Dia terus berlalu dari situ.“Abang, esok kita pergi rumah Khadijah boleh?” Pinta Saidah kepada suaminya, Ashfique.“Insya-Allah. Baru berpisah takkan dah rindu kot? Abang ni macam mana?” Ashfique muncung.“Dua tiga hari lagi dia nak pergi Syria, ada kursus Bahasa Arab selama 3 bulan. Abang hari-hari ada depan mata. Tak sempat nak rindu.” Saidah ketawa kecil.“Syria? Bagus tu. Bila pula kita nak pergi sana ya? Boleh berbulan madu dekat sana.” Ashfique tersenyum nakal.“Abang kan tengah sibuk dengan kerja.” Saidah pula muncung tanda merajuk.“Sayangku, merajuk ke? Nak Abang pujuk ya?” Ashfique bernada manja. Senyumannya nakal. Saidah sudah dapat menduga apa yang bakal berlaku. Dia berlari dan Ashfique pantas mengejarnya untuk menggeleteknya. Mereka bahagia melayari bahtera kehidupan bersama untuk memenangi reda Ilahi.Assalamualaikum. Khalifah, lama lagi ke enta mahu memberi jawapan?Ustaz Syahirin menelefon Khalifah.Ana masih buntu, ustaz. Istikharah ana masih belum ada jawapan. Hati ana tak cenderung pada sesiapa pun.Khalifah berterus-terang. Dia memang tidak menemui sebarang jawapan.Baiklah, esok malam jumpa ustaz ya. Penting!Perbualan mereka berakhir di situ.“Assalamualaikum ustaz.” Khalifah memberi salam.“Waalaikumussalam. Ustaz nak jumpa enta ni sekejap saja. Ustaz ada hal lepas ni.” Ustaz Syahirin memulakan bicaranya.“Ada apa ustaz?” Soal Khalifah.“Ustaz cuma nak beritahu, akhawat yang melamar enta tu tak lama lagi akan ke Timur Tengah. Jadi, ustaz harap entaboleh beri jawapan secepat mungkin. Ustaz pergi dulu ya.” Ustaz Syahirin mengatur langkah untuk beredar dari situ.“Insya-Allah ustaz. Boleh ana tahu siapa akhawat tu?” Khalifah menanti jawapan.“Ustaz yakin enta akan tahu juga siapa orangnya. Kalaupun enta tak dapat jawapan dalam istikharah enta, tapi ustaz yakin, hati enta pasti ada jawapannya. Yakinlah dengan Allah.” Ustaz Syahirin terus melangkah pergi.Khalifah mengeluh di dalam hati.Adoyai..siapa akhawat tu ya? Hati oh hati, berilah aku jawapan!Ashfique meluangkan masa melawat sahabatnya, Khalifah.“Termenung jauh nampak.” Tegur Ashfique. Lamunannya terhenti.“Kau ni, serbu rumah aku bukan nak bagi salam.” Khalifah dan Ashfique bersalaman.“Aku dah dua kali bagi salam tapi kau yang tak jawab. Teringat dekat siapa tu? Jauh termenung tadi. Baik kau kahwin cepat-cepat, hilang segala termenung kau tu.” Usik Ashfique.“Aku pun tak tahu apa yang aku termenungkan. Kau apa khabar? Berseri-seri muka.” Khalifah tersengih.“Alhamdulillah, sejak dah kahwin ni, aku bertambah sihat. Berat badan aku pun dah naik. Risau pula aku.” Gelak Ashfique.“Baguslah, itu tandanya bahagia. Nanti kirim salam ya dengan isteri tercinta kau tu.” Pinta Khalifah.“Insya-Allah. Apa cerita kau? Dah tahu ke siapa akhawat yang melamar kau tu?” Ashfique ingin tahu.“Aku biasa saja. Entahlah. Aku tak tahu. Istikharah aku belum beri jawapan.” Jawab Khalifah dengan nada sayu.“Usaha tangga kejayaan. Ada jodoh, takkan ke mana.” Ashfique cuba memberi semangat agar Khalifah tidak putus asa. Khalifah hanya mampu tersenyum.“Esok pagi pukul 9 aku datang ambil kau ya. Kita akan jumpa kawan-kawan lama dekat KLIA.” Ashfique menyambung bicara.“Okey, tapi, kenapa dekat KLIA?” Khalifah kehairanan.“Dah rancangannya macam tu. Okeylah, aku balik dulu. Assalamualaikum.” Ashfique menuju ke kereta sambil melambai sahabatnya.Petangnya, rumah Khadijah dikunjungi tetamu istimewa.“Assalamualaikum. Mak cik, Khadijah ada?” Habibah dan suaminya, Rijaluddin, berkunjung ke rumah Khadijah.“Waalaikumussalam. Dia ada dekat dalam. Masuklah ya. Mak cik panggil dia.” Jawab ibu Khadijah, Umi Khaltum dengan mesra.Khadijah bersiap dan memakai tudung labuhnya. Dia keluar menuju ke ruang tamu untuk bertemu dengan tetamunya itu.“Habibah, terima kasih sudi datang jenguk saya dekat sini.” Khadijah memeluk Habibah. Masing-masing terharu.“Abang, inilah kawan Ayang, Khadijah. Esok dia akan terbang jauh ke Syria.” Habibah memperkenalkan Khadijah kepada Rijaluddin.“Semoga perjalanan awak selamat di sana.” Rijaluddin tersenyum mesra.“Terima kasih. Semoga awak dan Habibah dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat. Jaga Habibah baik-baik tau. Kalau tak, nahas awak.” Khadijah menyakat suami Habibah. Mereka bertiga berborak bersama ibu Khadijah. Khadijah semakin berasa pilu untuk meninggalkan Malaysia lantaran ibunya yang keseorangan dan terpaksa berpisah dengan kawan-kawan baiknya.Malamnya, Saidah yang dirantai digelangi rindu pada Khadijah bertekad untuk menelefon temannya itu. Dia ingin menemani Khadijah esok dalam perjalanan ke KLIA. Dia sudah meminta izin daripada suaminya, Ashfique.Saidah memulakan bicaranya dengan Kahdijah melalui corong telefon bimbit.“Assalamualaikum. Rindu aku tak?”“Waalaikumussalam. Saidah, aku rindu dekat kau.”Air mata Khadijah mula bergenang.“Aku pun. Esok aku nak ikut hantar kau dekat KLIA boleh? Kau ambil aku dekat rumah esok ya. Aku tunggu kau.”“Boleh sangat, tapi, suami kau bagi ke?”“Dia bagi. Aku dah minta izin. Esok dia pun nak ambil Khalifah.”Hati Khadijah makin sayu apabila Saidah menyebut nama Khalifah. Lelaki itu telah menjadi penghuni dalam hatinya sejak mimpi demi mimpi yang indah muncul bersama seraut wajah itu dalam tidurnya selepas solat sunat Istikharah. Nuraninya dilanda sebak.“Okeylah Saidah, aku nak rehat dulu. Esok kena bangun awal. Penerbangan aku pukul 10.00 pagi esok. Aku ambil kau pukul 8.30 ya. Kita pergi sarapan dulu.”“Terima kasih ya Khadijah. Aku sayang kau. Assalamualaikum.”Khadijah menjawab salam sahabatnya itu. Perbualan mereka berakhir di situ. Sebelum tidur, Khadijah berwuduk dan menunaikan solat sunat Taubat dan Hajat. Dia tetap melakukan solat sunat Istikharah. Di akhir ibadahnya, dia berdoa dengan penuh pengharapan.Ya Allah, aku serahkan segala cita-cita cintaku pada-Mu. Aku serahkan segala urusan jodohku pada-Mu. Engkau Maha Mengetahui apa yang tidak aku ketahui. Pertemukanlah aku dengan jodoh pilihan-Mu. Peliharalah hati dan jiwaku dengan reda dari-Mu. Permudahkanlah segala urusanku. Amin.
Bintang-bintang di langit kelihatan cerah dan indah kemilaunya. Bulan turut serta mempersembahkan bakatnya mengindahkan aroma malam. Burung-burung berkicauan bahagia berzikir pada-Nya. Cengkerik berbunyi mengalunkan munajat seekor makhluk. Angin begitu damai terasa sejuk menyelimuti sekujur badan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgG9ph5MQWIL6fZNifdxxL4Lp_bdYHC82tK3Jzze7rrjcVBEXyHlkCONmXsSIuXU_J-qIvx0hU57WPYeHTrohHkftRON7OuPgT7FLJNs0-KCuwEKpijnz3pMjdXd9KfcgqmleQEFr-8DBwV/s320/335994_483279035022798_1961324397_o.jpg)
Ashfique sudah terpacak di depan rumah Khalifah. Namun, Khalifah tidak turun-turun lagi.“Ash! Cepat! Aku dah dapat jawapan!” Muncul kelibat Khalifah dengan tergesa-gesa sambil menjerit bahagia ke arah Ashfique.“Kau kenapa? Jawapan apa? Aku tak fahamlah.” Ashfique kebingungan.“Aku dah dapat jawapan melalui kecenderungan hati aku. Dah! Cepatlah jalan.” Khalifah kelihatan resah kerana takut terlambat.Di dalam KLIA, ramai orang berpusu masuk dan keluar. Khadijah, Saidah dan Umi Khaltum, ibu Khadijah telah pun sampai. Beberapa orang kawan lama Khadijah juga ada di situ untuk mengucapkan selamat jalan padanya seperti Faris Adib, Syahirah dan Amri. Mimie juga datang bersama suaminya. Mereka baru bernikah kelmarin. Khadijah bersalaman dengan kedua ibu Khalifah yang juga berada di sana bersama suami tercinta. Dia agak pelik kerana ibu bapa Khalifah tiba-tiba datang sedangkan anaknya tidak kelihatan.Sedang semua orang rancak berbual dengan Khadijah, satu pengumuman dibuat menyatakan penerbangan untuk ke Syria tinggal 15 minit saja lagi. Para penumpang dikehendaki bersedia dan menuju ke pintu masuk penerbangan. Air mata Khadijah mula mengalir deras. Dia mendakap ibu tercintanya dan sahabat-sahabat perempuan yang ada di situ.Dia memulakan langkah menuju ke pintu masuk penerbangan tanpa menoleh lagi. Dia tahu, hatinya sedang menanti jawapan dari seseorang namun air matanya sudah tidak tertahan lagi. Dia pasrah. Dia terus maju ke hadapan. Baginya, biarlah Allah yang tentukan.“Tunggu, Khadijah!!” Laungan suara lelaki memberhentikan langkah Khadijah seketika. Tergegau! Dia menoleh. Dilihatnya, Khalifah sedang berlari menuju ke arahnya. Ada senyuman pahit terukir di bibir Khadijah lantaran sebak yang menyelubungi jiwa.“Aku terima lamaran kau.” Khalifah tersenyum sambil diperhatikan oleh kedua ibu bapanya dan semua yang ada di situ. Saidah sedikit terkejut. Kemudian, bibirnya menguntum senyuman.“Sekejap ya.” Khalifah mencari sesuatu di balik orang ramai itu.“Adik, boleh Abang minta cincin tikam adik tu? Nanti Abang belanja adik makan aiskrim.” Khalifah cuba membodek seorang budak kecil. Budak itu tersenyum lalu memberi cincin tikamnya.“Abi, Umi, inilah calon menantu kalian. Boleh Umi tolong pakaikan cincin ni dekat jari dia?” Pinta Khalifah.“Kau jangan risau, cincin ni sementara saja. Bila kau dah balik nanti, aku bagi cincin yang realiti punya” Khalifah ketawa kecil di hadapan Khadijah. Umi Khalifah menyarungkan cincin tersebut ke jari Khadijah. Ibu Khadijah tersenyum bahagia. Air mata Khadijah terus-terusan mengalir. Dia kini sudah menjadi tunangan orang. Dia terus melangkah untuk menuju ke pintu masuk penerbangan.“Ambil ni. Take care.” Khalifah menghulurkan sebuah kitab Ma’thurat kepada tunangnya itu.“Terima kasih. Aku pergi dulu. Tolong tengok-tengokkan ibu ya. Assalamualaikum.” Khadijah terus melangkah tanpa berpaling lagi. Pintu masuk penerbangan pun ditutup setelah orang terakhir melangkah ke dalam.Khalifah mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya dan memberi mesej terakhir untuk Khadijah.Semoga selamat sampai dan selamat kembali. Insya-Allah, sekembalinya kau di sini, kita akan bernikah. Terima kasih sebab pilih aku jadi penghuni dalam hati kau. Semoga Allah meredai perancangan kita. Semoga berjaya di sana. Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu. Wassalam. -Khalifah-
![](https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcR3Tb5ufs124SDKKDvrHoDBt6BR9yVoR0U_8l3zSvbyorNVsP2Y)
Khadijah membaca mesej itu dengan linangan air mata kesyukuran. Khadijah melihat jari yang terlekat di atasnya cincin tikam. Dia tersenyum sendiri sambil menggelengkan kepala. Hatinya sedikit lega kerana Khalifah boleh tolong tengokkan keadaan ibunya.Alhamdulillah.. Alhamdulillah..Lafaz keramat mucul dari bibir mulusnya. Dia tidak lupa untuk mengucapkan syukur pada Allah. Khadijah membuang pandangannya ke tepi tingkap kapal terbang. Betapa indahnya ciptaan Allah.Subhanallah.. Subhanallah.. ~TAMAT~