(Gambar contoh)
Assalamualaikum wbt!
Innalillahi Wainna Ilaihirroji'un..
' Daripada Allah kita datang. Kepada Allah kita Kembali..'
Itulah ungkapanku ketika ibuku memberitahu abangnya telah pergi menghadap illahi.
Dia meninggal pada 27/11/2010 pada pukul 4,20.
Sebab kematian kerana sakit jantung dan strok.
Saya betul-betul tak tahu nak tulis apa.
Kalau nak buka facebook,saya betul-betul tak ada rasa nak bercakap sangat.
Semalam pun,tidur lambat.
Sebenarnya mata dah mengantuk,tapi tak tahu kenapa.
Rasa tak boleh tidur kerana asyik fikir pasal arwah Pak Long.
Dua hari berturut-turut badan letih.
Semoga roh Pak Long dicucuri rahmat hidayah oleh Allah.
Amin..