Apa khabar semua?Hari ni saya nak cerita sedikit dengan semua..
Pada saya,semua yang berlaku di sekeliling kita sentiasa ada hikmahnya..
Memang semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT..
Walaupun hakikatnya sesuatu perkara itu buruk ataupun pahit,
But still,Allah is the only one who knows the reason it happens..
Ceritanya gini..
Dulu masa saya sekolah rendah..
Saya teringin sangat nak sekolah MRSM ataupun sekolah sains..
Pada sebelah pagi saya sekolah rendah macam biasa..
Manakala,pada sebelah petang saya sekolah dekat sekolah agama
berampiran rumah saya..
Sekolah agama tu dekat sangat..Jalan kaki pun boleh..
Ditakdirkan dekat sekolah agama..
Saya antara murid yang dapat no 1-3
*Saya tak riak ya cuma sekadar berkata...
Ustazah saya ketika itu ada tiga borang kemasukan pelajar ke Maahad Tahfiz
dan sekolah agama..
Jadi, saya telah diberi borang tu..
Malangnya,hati saya tidak terbuka untuk ke sekolah agama..
Jadi,saya telah menolak borang tersebut..
Manakala, kedua-dua rakan saya yang lain menerima..
Ketika keputusan MRSM keluar..
Saya tidak diterima untuk bersekolah di sana..
Jadi,saya meneruskan persekolahan saya di sebuah sekolah harian...
Dengan perasaan bercampur baur..
Sedih kerana permohonan saya ditolak..
Gembira kerana saya bersekoah di salah sebuah sekolah elit di Subang Jaya..
Namun, perasaan gembira saya hanya bertahan selama setahun..
Manakala pada tingkatan 2.saya merana berada di situ..
Rakan baik saya telah diberi hidayah oleh Allah Azza Wajalla pada akhir tahun 2009..
Manakala saya telah terbuka hati untuk menjadi lebih muslimah pada awal tahun 2010..
Banyak yng telah saya lalui ketika di tingkatan 2..
Dan rasanya,pahit sahaja lebih banyak daripada manis..
Mana tidaknya,di sekolah kami..
Baju PJ kami lengan pendek..
Jadi pada mulanya,saya pakai inner yang banyak orang pakai tu..
Syukur kepada Allah, rakan saya sedar yang inner tu melekat dan ikut bentuk tangan..
Dalam Islam,kan sepatutnya pakai baju yang longgar,tidak jarang serta tidak nampak bentuk badan..
Jadi jika dikira,rasanya lebih kurang 5-6 bulan saya tak pakai baju PJ..
1001 alasan yang kami bagi..
Inilah rakanku ni..
Alhamdulillh,pada tahun hadapan..
Rakan saya ni akan pindah sekolah..
Dia akan bersekolah di Maahad Hafiz cawangan Jeram..
Jadi,pada tahun depan..
Nampaknya tinggal saya seorang sahajalah..
Tak apalah...
Jika ada rezeki,pasti saya dapat tawaran ke Maahad Tahfiz atau Sekolah Agama..
Amin...
Nampak tak hikmah yang Allah buat?
Contohnya kalau saya sekola terus di Sekolah Agama pada tingkatan 1,
Mesti saya bersekolah di sana tanpa hidayah..
Dan alhamdulllah,kalau saya sekolah terus sekolah di Subang Jaya ni,
Barulaa saya dapat hidayah..