Welcome Banner!

Snowflakes

December 10, 2012

Awet Muda



PETUA ISLAM UNTUK AWET MUDA

1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

6. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

7. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

13. Amalkan solat tahajud.

14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.

15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

16. Maafkan semua orang sebelum tidur.

December 7, 2012

One Chinese Muslimah



As a Chinese Canadian, growing up as an only child was quite easy when I was young. But it got harder and harder as I got older.
I had many childhood friends when I was young and I had always been a very social individual. I was fortunate enough to attend private schools during my elementary years as well as my high school years. Did I learn more than I would have if I went to a public school? Probably. But I was always surrounded by the upper class individuals and money was THE way of life.

A View From Hijab- Japanese Sister Khaula


As most of the Japanese, I’d followed no religion before I embraced Islam in France. I was majoring in French Literature at the university. My favorite thinkers were Sartre, Nietchze and Camas, whose thinking is atheistic. At the same time, however, I was very interested in religion, not because of my inner necessity but of my love for the truth. What was waiting for me after death did not interest me at all; how to live was my concern(58). For a long time I had a sort of impression that I was not doing what I should do and I was wasting my time. Whether God existed or not was the same to me; I just wanted to know the truth and choose my way of life-to live with God or without God.

December 6, 2012

Ilmu Istihadhah


Istihadah (الاستحاضة) ialah darah yang keluar secara berterusan bagi seorang wanita. Ia keluar tanpa terputus-putus atau mungkin terputus sekejap seperti sehari-dua dalam sebulan.
Dalil bagi kes pertama, yakni darah keluar tanpa terputus-putus ialah sebagaimana aduan Fathimah binti Abi Hubaisy radhiallahu 'anha kepada Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam sebagaimana di dalam Shahih al-Bukhari: “Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku tidak suci” manakala dalam satu riwayat yang lain: “Aku didatangi istihadah maka aku tidak suci.”
Dalil bagi kes kedua, yakni darah keluar dengan terputus sekejap ialah kisah Himnah binti Jahsy radhiallahu 'anha yang datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lalu berkata: “Ya Rasulullah, sesungguhnya aku didatangi darah istihadah yang banyak.” [Musnad Ahmad, Sunan Abu Daud dan Sunan al-Tirmizi dan beliau (al-Tirmizi) mensahihkannya.]

Terdapat tiga cara bagi membezakan antara darah haid dan istihadah:
Pertama:
Wanita yang memiliki masa haid yang tetap (tempoh dan putarannya). Maka baginya hukum haid dalam masa yang tetap tersebut dan hukum istihadah bagi waktu selainnya.
Contohnya ialah seorang wanita yang lazimnya didatangi haid selama enam hari bermula awal setiap bulan. Kemudian (pada satu bulan) dia mengalami pendarahan yang berterusan. Maka pendarahan enam hari yang pertama bermula dari awal bulan dikira sebagai haid manakala hari-hari selebihnya dikira sebagai istihadah.

‘A’isyah radhiallahu ‘anha menerangkan bahawa Fathimah binti Abi Hubaisy radhiallahu ‘anha pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
“Sesungguhnya aku didatangi istihadah, maka aku tidak suci. Adakah aku perlu meninggalkan solat?”. Rasulullah menjawab: “Tidak, sesungguhnya itu ialah ‘irq (penyakit). Tinggalkan solat pada kadar haid yang kebiasaan bagi kamu, kemudian hendaklah kamu mandi dan dirikan solat.” [Shahih al-Bukhari – no: 325 (Kitab al-Haid)]

Hal yang sama pernah berlaku kepada Umm Habibah binti Jahsy radhiallahu ‘anha dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada beliau:
“Duduklah (dalam keadaan haid) sekadar mana yang pernah kamu alami dari hari-hari haid kamu (yang biasa), kemudian hendaklah kamu mandi dan solat”. [Shahih Muslim – no: 334 (Kitab al-Haid)]

Kesimpulannya, bagi wanita yang memiliki masa haid yang tetap (tempoh dan putarannya), hendaklah dia mengira masa haidnya mengikut kebiasaan. Jika ada pendarahan pada hari-hari seterusnya, hendaklah dia mandi dan solat mengikut ukuran masa haidnya yang biasa. Tidak perlu diberi perhatian kepada pendarahan pada hari-hari seterusnya kerana itu adalah istihadah.

Kedua:
Wanita yang tidak memiliki masa haid yang tetap atau diketahui (tempoh dan putarannya). Contohnnya darah yang keluar secara berterusan sejak awal. Maka baginya dibezakan antara darah haid dan darah istihadah dengan memerhatikan sifat-sifat darah tersebut. Darah yang berwarna hitam (merah kehitaman) dan/atau pekat dan/atau berbau, ia adalah darah haid. Selainnya adalah darah istihadah.
Sebagai contoh, seorang wanita yang mengalami pendarahan secara berterusan. Akan tetapi pada hari kesepuluh kelihatan perbezaan sifat darah:
q                Sehingga hari kesepuluh darah berwarna hitam (merah kehitaman) manakala selepas itu ia berwarna merah. Maka darah yang berwarna hitam adalah haid, darah yang berwarna merah adalah istihadah.
q                Sehingga hari kesepuluh darah bersifat pekat manakala selepas itu menjadi cair. Maka darah yang pekat adalah haid, darah yang cair adalah istihadah.
q                Sehingga hari kesepuluh darah memiliki bau manakala selepas itu tiada lagi bau. Maka darah yang berbau adalah haid, darah yang tidak berbau adalah istihadah.

Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Fathimah binti Abi Hubaisy radhiallahu ‘anha:
 “Apabila darah itu adalah haid maka sesungguhnya ia hitam (lagi) dikenali, justeru hendaklah kamu menahan dari melakukan solat. Jika ia adalah (darah) selain itu maka hendaklah kamu berwudhu’ dan mendirikan solat kerana sesungguhnya ia adalah (darah) penyakit.” [Sunan Abu Daud – no: 247 (Kitab al-Thaharah) dan Sunan al-Nasa’i dengan disahihkan oleh Ibn Hibban dan al-Hakim]
Hadis di atas memiliki perbincangan dari sudut sanad dan matannya, akan tetapi para ilmuan rahimahumullah telah beramal dengannya. Bahkan ia adalah lebih utama daripada membiarkan persoalan ini kepada adat kebiasaan wanita.[1]

Ketiga:
Wanita yang tidak memiliki masa (tempoh dan putaran) haid yang tetap dan tidak juga memiliki sifat-sifat darah yang dapat dibezakan antara haid dan istihadah. Maka baginya masa haid diukur berdasarkan kebiasaan wanita, waktu selebihnya dikira sebagai istihadah.
Sebagai contoh, wanita yang menghadapi kes ketiga ini melihat darah keluar secara berterusan bermula pada hari Khamis yang pertama dalam bulan tersebut. Maka hendaklah dia melihat kebiasaan para wanita lain yang menghampirinya dan menjadikan tempoh haid mereka sebagai ukuran ke atas dirinya. Jika pada kebiasaannya mereka didatangi haid selama enam atau tujuh hari, maka demikianlah juga ukuran ke atas dirinya. Oleh itu enam atau tujuh hari yang pertama pendarahan, bermula daripada hari Khamis, dianggap sebagai haid. Hari-hari seterusnya dianggap sebagai istihadah.

Hadis berikut menjadi rujukan dalam kes ketiga ini. Himnah binti Jahsy radhiallahu ‘anha pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
“Ya Rasulullah! Sesungguhnya saya seorang wanita yang didatangi istihadah yang amat banyak, apakah pandangan engkau berkenaannya? Sesungguhnya ia menegah aku daripada mendirikan solat dan puasa.”
Rasulullah menjawab: “Aku akan terangkan untuk kamu (cara menggunakan) al-Kursuf (kapas yang diletakkan di faraj), sesungguhnya ia dapat menghilangkan darah.”
Himnah berkata: “Ia (darah saya) lebih banyak dari demikian itu”.
Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya ia (pendarahan kamu) adalah hentakan dari hentakan-hentakan syaitan, maka (apabila) kamu didatangi haid selama enam atau tujuh hari pada ilmu Allah Ta’ala, hendaklah kamu mandi apabila kamu lihat bahawa kamu telah suci (dari darah haid), maka hendaklah kamu solat pada pada dua puluh tiga malam atau dua puluh empat malam dan siangnya dan hendaklah kamu berpuasa.” [Sunan Abu Daud – no: 248 (Kitab al-Thaharah) dan Sunan al-Tirmizi – no: 118 (Kitab al-Thaharah) dan berkata al-Tirmizi, hadis ini hasan sahih]

Sabda Rasulullah: “Enam atau tujuh hari” bukanlah penetapan tetapi ijtihad. Oleh itu hendaklah setiap wanita yang menghadapi kes ketiga ini berijtihad akan satu tempoh haid yang sesuai baginya. Ijtihad dibuat dengan merujuk kepada tempoh haid yang lazim dihadapi oleh para wanita lain yang menghampiri dirinya, seperti daripada keluarga atau adik beradik yang sama, rakan-rakan yang sebaya umurnya dan lain-lain lagi.[2]
Demikian tiga cara yang paling lazim bagi membezakan antara darah haid dan istihadah. Sebagai penjelasan tambahan, kadang-kala berlaku pendarahan yang disalah anggap sebagai istihadah. Kesalahan ini boleh berlaku dalam dua kes:

Pertama:
Wanita yang mengetahui dengan jelas bahawa dia tidak akan didatangi haid lagi, seperti setelah melakukan pembedahan yang melibatkan pemotongan atau ikatan rahim. Maka baginya, yang mengalir keluar bukanlah istihadah tetapi al-Sufrah (cecair kekuningan) dan al-Kudrah (cecair kekeruhan antara kuning dan hitam) atau basahan. Maka hendaklah dia mendirikan solat dan puasa, serta boleh bersetubuh dengan suaminya. Dia tidak diwajibkan mandi (mandi wajib) kerana darah yang keluar tersebut.
Akan tetapi hendaklah dia membasuh faraj serta mengikatnya dengan kain[3] supaya dapat mencegah darah daripada mengalir keluar. Bagi setiap solat fardhu, hendaklah dia berwudhu’ sesudah masuk waktu kemudian terus bersolat. Bagi setiap solat sunat, hendaklah dia berwudhu’ apabila sahaja hendak mendirikannya.[4]
Kedua:
Wanita yang tidak tahu secara jelas sama ada dia akan didatangi haid atau tidak. Maka baginya, pendarahan yang berlaku dianggap sebagai haid dan istihadah, dibezakan dengan tiga cara yang telah disebut di atas.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda kepada Fathimah binti Abi Hubaisy:
 “Sesungguhnya yang demikian itu ialah ‘irq (penyakit) bukanlah darah haid maka apabila datang haid maka hendaklah kamu meninggalkan solat.” [Shahih al-Bukhari – no: 306 (Kitab al-Haid)]
Sabda Rasulullah: “…Maka apabila datang haid…” menjadi petunjuk yang membezakan antara haid dan istihadah. Maka bagi seorang wanita yang mungkin baginya untuk datang haid, maka hendaklah dia membezakan antara haid dan istihadah sepertimana tiga cara yang disebut di atas. Bagi wanita yang tidak mungkin didatangi haid maka yang wujud hanyalah ‘Irq (penyakit) dalam apa jua keadaan sekalipun.

Hukum-Hukum Istihadah.
Sebelum ini dalam Bab 4 kita telah bahas hukum-hukum yang diwajibkan ke atas wanita yang sedang haid. Kini kita akan bahas pula hukum-hukum yang diwajibkan ke atas wanita yang beristihadah. Apabila seorang wanita telah memastikan bahawa dia sedang mengalami pendarahan istihadah dan bukan haid, maka hukum-hukum yang diwajibkan ke atasnya adalah sama sepertimana wanita yang suci kecuali dalam tiga perkara berikut:

Pertama:
Wanita yang beristihadah wajib berwudhu’ setiap kali hendak solat. Ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kepada Fathimah binti Abi Hubaisy radhiallahu 'anha di dalam Shahih al-Bukhari – no: 228: “Kemudian hendaklah kamu berwudhu’ pada setiap solat.” Hadis ini memberi makna bahawa dia tidak berwudhu’ untuk solat yang berwaktu kecuali selepas masuk waktunya. Adapun bagi solat yang tidak berwaktu (solat sunat) maka dia berwudhu’ ketika hendak melaksanakannya.

Kedua:
Apabila wanita yang beristihadah hendak berwudhu’, hendaklah dia membasuh kesan darah dan mengikat farajnya dengan cebisan kain yang dilapik dengan kapas supaya dapat menahan darah.[5] Ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kepada Himnah radhiallahu 'anha:
 “Aku akan terangkan untuk kamu (cara menggunakan) al-Kursuf (kapas yang diletakkan di faraj), sesungguhnya ia dapat menghilangkan darah.”
Himnah berkata: “Ia (darah saya) lebih banyak dari demikian itu”.
Rasulullah bersabda: “Maka hendaklah kamu mengekangnya (mengikatnya)….” [Sunan al-Tirmizi – no: 118 (Kitab al-Thaharah) dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih]

Apa yang keluar (apa-apa pendarahan) selepas itu tidaklah memudaratkan (tidak membatalkan wudhu’) berdasarkan hadis berikut riwayat Ahmad dan Ibn Majah:
 “Wahai Rasulullah, Sesungguhnya aku seorang wanita yang mengalami istihadah sehingga aku tidak suci, apakah aku patut meninggalkan solat? Tidak, hendaklah kamu jauhi solat pada hari-hari haidmu (sahaja) kemudian hendaklah kamu mandi dan berwudhu’ untuk setiap solat kemudian dirikanlah solat walaupun darah menitis jatuh ke atas tikar.”[6] [Musnad Ahmad – no: 25681 dan disahihkan oleh Syu‘aib al-Arnauth]

Ketiga:
Bersetubuh, maka para ilmuan berselisih pendapat mengenai kebolehannya. Pendapat yang sahih adalah ianya harus (dibolehkan) tanpa sekatan berdasarkan sebab-sebab berikut:
  1. Merupakan satu kelaziman bagi para wanita pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengalami istihadah. Akan tetapi Allah dan Rasul-Nya tidak pernah menegah para suami daripada menyetubuhi isteri mereka.
  2. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu. [al-Baqarah 2:222] Ayat ini menjadi dalil bahawa larangan bersetubuh hanyalah ke atas isteri yang sedang haid, tidak selain itu.
  1. Jika diharuskan solat bagi wanita yang beristihadah, maka sudah tentu diharuskan juga bersetubuh kerana bersetubuh adalah sesuatu yang lebih kecil berbanding solat.
Pendapat yang melarang bersetubuh mengqiyaskan wanita yang beristiadhah dengan wanita yang haid. Ini adalah qiyas yang tidak benar kerana wanita istihadah dan wanita haid adalah dua kes yang saling berlainan.

 


[1]           Maksudnya, jika persoalan ini dibiarkan kepada adat kebiasaan wanita, ia akan terdedah kepada pelbagai pendapat dan hukum yang tidak benar. Justeru lebih baik menggunakan hadis di atas sebagai rujukan. Sekalipun ia memiliki perselisihan pendapat dari sudut kekuatannya, maksudnya tetap selari dengan lain-lain petunjuk syari‘at sehingga menjadi amalan para ilmuan sejak dari dahulu. (penyunting)
[2]           “Para wanita lain” ini hendaklah memiliki tempoh dan putaran haid yang normal. Sebagai contoh, jika seorang wanita menghadapi kes ketiga ini, hendaklah dia merujuk kepada tempoh dan putaran haid yang lazim bagi adik beradiknya yang lain. Jika mereka didatangi haid selama 10 hari setiap satu bulan, maka tempoh 10 hari tersebut menjadi ukuran bagi dirinya juga. Maka bagi pendarahan berterusan yang dihadapinya, 10 hari setiap bulan dianggap sebagai haid manakala selebihnya dianggap istihadah. (penyunting)
[3]           Atau tuala wanita (penyunting).
[4]           Maksudnya, satu wudhu’ bagi satu solat. Hukum ini khusus sebagai satu kemudahan (rukhsah) untuk kes ini sahaja supaya apa-apa yang mengalir keluar dari faraj tidak dikira membatalkan solat. Justeru tidak boleh menggunakan wudhu’ yang sama untuk dua solat, seperti menggunakan wudhu’ yang sama untuk menunaikan solat Maghrib dan “menyimpannya” untuk solat Isya’ kemudian. Juga tidak boleh berwudhu’ jauh sebelum waktu solat, seperti mengambil wudhu’ pada pukul 6 petang untuk solat Maghrib pada pukul 7.30 malam. (penyunting)
[5]           Atau dengan memakai tuala wanita. (penyunting)
[6]           Musnad Ahmad – no: 25681 dan disahihkan oleh Syaikh Syu‘aib al-Arnauth. (penyunting)

Duhai Kanak2 Palestin..



Sebab Utama Israel Membunuh Kanak-kanak Palestin

PERANG antara Israel dan Palestin tidak akan ada penghujungnya. Entah sampai bila puak Yahudi Israel akan melakukan kekejaman terhadap warga Palestin, tidak dapat diketahui. Jumlah mangsa yang telah menjadi korban keganasan perang Israel telah meningkat kepada ribuan nyawa dan 75% dari mereka adalah kanak-kanak dan wanita.

Ramai dari kita yang mempersoalkan kenapa Israel sering menjadi kanak-kanak Palestin sebagai sasaran mereka? Ada pihak yang mengatakan itu memang tabiat puak Yahudi Israel yang kejam dan biadab sejak azali dan ada juga yang mengatakan mereka (Israel) takut akan perkembangan kanak-kanak Palestin. Mungkin pendapat yang kedua ada benarnya dan lebih masuk akal. Itulah alasan mengapa Israel sering menjadikan kanak-kanak Palestin sebagai sasaran operasi mereka selain kelompok pejuang Hamas tentunya.

Salah seorang pimpinan Hamas, Ismali Haniya mengatakan, kanak-kanak yang sudah menghafal 30 juzuk Al-quran ini sesungguhnya menjadi sumber utama ketakutan puak Zionis Yahudi.

“Jika dalam usia semuda itu mereka sudah boleh menguasai Al-quran, bayangkan 20 tahun lagi apa yang akan dikuasai oleh mereka?” demikian cara pemikiran yang berkembang pada fikiran masyarakat Yahudi. Tidak hairan jika kanak-kanak Palestin menjadi para penghafal Al-quran. 

Keadaan Semenanjung Gaza yang dipagari dari segala arah oleh Yahudi Israel menjadikan mereka berterusan cenderung untuk berinteraksi dengan al-Qur’an. Tidak ada istilah bermain permainan PlayStation dalam kamus kehidupan mereka.

Seperti yang kita ketahui, pihak HAMAS menyatakan syarat-syarat yang amat berat untuk menjadi anggota pejuang mereka, diantaranya seseorang itu perlu lah menjadi Hafiz Al-Qur’an dan tidak pernah meninggalkan ssolat fardu terutama sekali solat subuh. Peperangan panjang antara Yahudi mungkin akan berlanjutan entah beberapa generasi lagi.

Oleh itu, hendaklah kita belajar dari Palestin, walaupun mereka dikurung oleh penjajahan Zionis, nyawa mereka terancam setiap masa, setiap minit bahkan setiap detik, tapi itu semua tidak sedikit pun menjadi kesan kepada niat mereka untuk dekat dengan Al-quran dan mendalami lebih dalam dan lebih jauh mengenai agama Islam. Yahudi Israel memang hebat dalam memiliki segala jumlah pasukan dan kelengkapan tempur yang berteknologi paling tinggi. Tapi rakyat Palestin memiliki semangat juang yang lebih tinggi, mereka berani untuk mati syahid demi kebebasan mereka dan anak cucu mereka.

December 5, 2012

Belas Ihsan Allah SWT




Assalamualaikum :)
Salam sayang dari sini..
Siapa dh tgk cerita ni?
Hmm,, dgr2nya cerita ni mampu menandingi
Ketika Cinta Bertasbih, Insya-Allah..

Hari ini, saya nak bercerita sikit ya..
Saya ni berasal dari sekolah biasa saja..
Banyak Cina lagi tau..
Ingat lagi, masa baru pindah dekat Semesra,
adalah beberapa juga yang tak segan bertanya,
'Dari sekolah agama ke?'

Sejujurnya, dari pandangan saya,
sebenarnya ramai mereka yang berpakaian Muslimah,
contohnya para niqabi,
kebanyakannya bukanlah berlatar belakangkan sekolah agama.
Pakaian tidaklah melambangkan asal seseorang ya..
Macam biasa, cliche' jugak bila orang melabelkan
apabila seseorang itu menutup aurat mengikut syariat sebagai ustazah..
Saya sendiri pernah dan masih mendapat gelaran tersebut..
Namun, tak payahlah risau sangat..
Ustazah tu kan bermaksud orang yg berilmu ( if I'm not mistaken)



Hah, dekat atas ni ada semua kelebihan bertudung labuh :)



Mendapatkan cinta perempuan itu tidak pernah sukar untuk saya. Sedari sekolah menengah saya sudah punyai bakat untuk mencintai dan paling utama dicintai. Untuk cinta, saya meminjam kata-kata Ibnul Qayyim al-Jauziyah, "Cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab.". Pada ketika sebab itu wujud, wujudlah cinta, dan pada ketika sebab itu hilang, hilanglah cinta. Jadi, itulah falsafah saya dalam cinta, wujudkan sebab dan pada ketika sebab itu wujud, cinta perempuan itu akan kau dapat.
Bertambah mudah, untuk perempuan cinta itu wujud bersama wujudnya harapan, dan tugas saya adalah mewujudkan harapan.
Namun, oleh kerana kelebihan itu juga datang dengan satu kekurangan, iaitu saya tidak mampu setia dengan hanya satu cinta, maka banyak waktu juga, sebab itu hilang, dan saya pun hilang cinta. Banyak waktu hati saya tidak luka, adakalanya luka sedikit, tetapi sangat jarang ia parah.
Jadilah saya lelaki yang sering dikutuk kerana mempermainkan perasaan, walaupun hakikatnya saya cuma tidak mampu setia, dan untuk alasan itu saya tidak pernah berasa bersalah.
Pada hari itu juga sama, pada ketika cinta hilang bersama sebab, mujur hati saya cuma luka sedikit, dan tidak saya sangka itulah hari terakhir saya sebagai lelaki romeo.
Bas.
Sudah surut waktu zohor, tetapi saya masih di dalam bas yang berpusing-pusing di kawasan flet murah. Tetapi itu perkara biasa untuk saya. Solat itu, saya tahu wajib tetapi saya tahu juga Allah itu maha pengampun. Selebihnya, saya malas mahu fikir.
Saya melihat ke luar dan tidak ada apa-apa yang dapat saya perhatikan selain dinding flet yang kusam dan pokok-pokok yang tidak terjaga. Manusia hanya ada beberapa orang. Mungkin kerana terik matahari membuatkan mereka lebih suka berbaring di lantai rumah. Malah manusia di dalam bas pun hanya ada lima orang termasuk saya.
Manakala saya, masih tidak tahu ke mana harus dituju. Putus kasih memang sukar dan tidak pasti apa ubatnya, dan antara cara yang sering saya buat, adalah dengan menaiki bas, berjam-jam berlegar di laluan yang sama, namun dengan penumpang-penumpang yang berbeza. Berfikir berkenaan kasih yang tidak sampai dan mula memikirkan nasib hati yang luka.
Lalu pada ketika itulah, pada satu hentian naik seorang perempuan bertudung labuh dan duduk di hadapan sekali, di belakang pemandu bas. Saya hanya memerhati kerana sekilas tadi terlihat wajahnya begitu cantik.
Dengan hati yang luka, dengan kemahiran memikat gadis yang sentiasa siap dan tinggi, dan dua modal yang saya ada iaitu berani dan mulut manis, fikiran saya mula memikirkan sesuatu. Saya tersenyum sendiri lalu bangun dan mula duduk di kerusi bersebelahan perempuan yang bertudung itu.
 lima minit menyediakan diri, saya mula berkata, "Mahu ke mana?"
Perempuan itu tidak menyahut, diam dan saya tahu itu adalah perkara biasa. Pertanyaan pertama memang sering gagal. Apatah lagi dengan pertanyaan yang terlalu kebudak-budakan seperti itu.
"Awak ustazah, ya? Saya mahu tanya satu soalan?" soal saya lagi, selepas meneliti beberapa soalan yang patut saya keluarkan dari kepala.
Perempuan itu tetap diam dan wajahnya sedaya upayanya dipalingkan dari saya. Saya tahu dia sedang terganggu, dan saya tahu itu perkara biasa.
"Mengapa ada rakan saya yang pemabuk bernikah dengan perempuan yang baik-baik? Sedangkan sudah riuh orang berkata, perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik? Adakah sebenarnya perempuan yang nampak baik itu jahat, ataupun lelaki yang pemabuk itu yang sebenarnya baik?"
Saya tahu, soalan saya itu adalah soalan yang sangat memancing hati. Walaupun mungkin hari ini tidak dijawab, saya yakin soalan itu akan dibawanya pulang ke rumah, lalu difikirkan sebelum tidur. Dan saya sudah tahu, hari ini cumalah hari pengenalan. Sekiranya ada jodoh, esok dia akan ada di sini lagi, dan soalan itu akan saya tanyakan lagi, dan dia mungkin akan menjawab, dan sekiranya dia tidak menjawab esok, lusa, tulat dan mungkin juga bulan depan barulah dia menjawab.
Pada ketika dia menjawab, pada ketika dia membuka mulut, saya tahu, saya sudah berjaya. Saya tersenyum sendiri dan terus larut dalam rancangan yang tidak pernah gagal. Untuk hari ini, cukuplah dua soalan itu, cukuplah.
Pada ketika kemudian, perempuan bertudung labuh yang cantik itu menekan punat berhenti, tahulah saya dia adalah seorang pelajar universiti. Bas betul-betul berhenti di hadapan universiti yang satu itu.
Dan pada ketika itulah, pada ketika dia mahu turun sesuatu yang saya tidak jangka berlaku. Dia berpaling dan dengan wajah yang nampak tegas dia berkata, "Saya akan jawab soalan itu, sekiranya saudara jawab soalan saya ini."
"Apa?" Tidak saya menyangka, seawal ini dia membuka mulut, dan seawal itu rancangan saya berjaya.
"Allah itu Maha Pengasih, dan Allah juga Maha Berat Seksa-Nya. Namun, kasih sayang Allah sentiasa mendahului murka-Nya. Jadi, adakah saudara sekarang fikir Allah sedang murka kepada saudara tetapi kerana sifat kasih-Nya, Dia melambatkan seksa-Nya, ataupun saudara sebenarnya dalam rahmat dan kasih sayang Allah, kerana saudara ini sebenarnya seorang yang baik? Sekiranya saudara mengaku, saudara seorang yang baik, beri nombor telefon saudara. Surau kami memang memerlukan seorang penceramah agama seperti saudara. Namun sekiranya saudara tahu yang Allah sedang murka kepada saudara tetapi saudara sekarang masih dalam belas ihsan-Nya, anggaplah soalan saya ini sebagai belas ihsan-Nya yang terakhir sebelum datang murka-Nya. Jadi, saudara yang mana satu?"
Itulah hari terakhir saya melihat perempuan cantik bertudung labuh itu, dan saya tahu, saya sudah diberi soalan yang akan saya fikirkan untuk setiap jam, dan saya masih memikirkan soalan itu sampai sekarang. Soalan yang saya cuba jawab dengan solat-solat yang selama ini saya cuaikan, sambil mengenang kata-kata  Ibnul Qayyim al-Jauziyah, namun tetap sahaja saya tidak berani menjawabnya.

Allah itu sangatlah Pengasih & Penyayang  :)

Siapakah Penghuni Hati Khadijah?



“Subhanallah. Alhamdulillah.” Bibir mulus Siti Khadijah memuji dan bertahmid pada Pencipta alam maya. Dia baru sahaja selesai ber’dating’ bersama kekasih Agungnya. Munajat pada malam itu benar-benar terkesan di rona kalbunya. Dia meneruskan sesi menelaah matapelajaran usai qiamulail pada 4.00 pagi itu. Matapelajaran sukar seperti Matematik dan Sains menjadi bahan studinya.“Ashfique!!” Muhammad Khalifah menyeru sebaris nama sahabatnya itu dari jarak yang agak jauh.“Ashfique!!” Khalifah meninggikan suaranya. Ashfique memalingkan wajah mencari kelibat yang menjerit-jerit namanya. Dia menemui sasarannya. Dia menuju ke arah Khalifah.“Ada apa kau memekik nama aku?”